Followers

Tuesday, October 7, 2014

Liga Remaja Kreatif: SMK Taman Ehsan


Kami join pertandingan liga remaja kreatif 2014 yang bertemakan 
"Jalur lebar untuk pendidikan"

Tajuk produksi kami ialah NEKAD....


Sketsa ini mengisahkan kehidupan sekumpulan remaja yang bernekad untuk berjaya dalam kehidupan. 

Walau apapun rintangan menghalang, mereka tetap berusaha dan fokus dalam pembelajaran dengan bantuan jalur lebar.

Akhirnya mereka berjaya dalam peperiksaan SPM..

Tolong 'like' dan 'komen'  menggunakan google account anda, di youtube..

*video ini merupakan hasil cetusan idea dari kumpulan kami iaitu saya, aishah, annisha (byk membantu dlm editing video) dan azzahra ...   

Semasa buat pengambaran ni ada byk kenangan manis bersama rakan2 sebab ni baru kali pertama kitorang cuba berlakon walaupun byk kesilapan dilakukan tapi kami rasa bangga cubaan kali pertama kami ni dapat dijalankan dgn baik....

Diharapkan video ini memberi tunjuk ajar untuk anda manfaatkannya.....


Selepas lengkapkan video ni, kami cuba lagi untuk buat satu lagi video so, kami masuk2 penyertaan....

kalau difikirkan masa mmg tak sempat tapi berkat usaha padu kumpulan kami dgn bantuan guru2 SMKTE (Pn Junainah) kami berjaya lengkapkan video kedua ni dlm masa 1 hari je....nak berlakon, edit video, cari idea hoho mmg susah dari pagi sampai ke petang memikirkan akhirnya dpt juga lengkapkan video ini.....



Video ni Mengisahkan Lisa, seorang pelajar aliran seni yang digantung  
sekolah kerana mempunyai masalah disiplin. 

Dalam tempoh 2 minggu dia belajar erti kesusahan hidup dan menyedari 
akan kepentingan ilmu. Satu-satunya harapan Lisa adalah melalui jalur 
lebar. 

Dia menggunakan kemudahan jalur lebar sebagai medan utama dalam 
pembelajarannya. Akhirnya dia berjaya dalam pameran seni yang dianjurkan di sekolahnya. 

Lisa meraikan rasa kegembiraannya bersama ibu tersayang.....(pelakon 
utama:azzahra sophie: sbg lisa, nurlyana ezani: mak lisa, aishah /annisha ( pelajar), pn junainah (guru)

Semoga, video ini dijadikan teladan...
pengajaran dari video ini:
Ingatlah, jangan sesekali putus asa walaupun anda digantung sekolah , anda masih boleh menggunakan medan utama jalur lebar untuk belajar{vle frog,youtube} jadi isilah masa lapang anda dengan melayari internet untuk pembelajaran.....

Semoga usaha kami diberkati allah swt....amin...
"usaha tangga kejayaan" jadi usahalah sehingga berjaya

Tuesday, September 23, 2014

Bengkel Penyenggaraan Bahan Perpustakaan: Pengalaman Saya

LAPORAN AKTIVITI PSS 2014
SMK TAMAN EHSAN,KEPONG,SELANGOR


Guru Penasihat

Puan Zati Noor Darina
                                    Puan Suliana

Tarikh / Hari


                                   23 septembaerb2014 / selasa


Tempat


Perpustakaan Daerah Gombak
Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves

Jumlah Kehadiran


 81 pelajar dari 27 buah sekolah daerah gombak

Aktiviti Yang Dijalankan

Bengkel Penyenggaraan Bahan Perpustakaan dan Pembaikan Ringan.

Laporan Kegiatan

Ø  Menerangkan maksud,kegunaan dan fungsi perpustakaan
Ø  Faktor yang merosakkan bahan dalam pusat sumber
Ø  Cara menjaga,membersih dan susunan buku dalam pss
Ø  Menyatakan jenis buku-buku yang lengkap
Ø  Pembaikan Ringan untuk buku yang rosak
Ø  Proses pembaikan secara praktikal ditunjukkan
Ø  Makan tengahari
Ø  Pelajar mencuba teknik membaik pulih buku yang telah rosak (buku tebal/nipis)
Ø  Majlis penutup dirasmikan oleh pn suzliana penolong pengarah ppas dan diiringi pengerusi pkg Gombak iaitu pn patifah bt shamsudin.

Hal – Hal Lain

Aktiviti berjalan dengan lancar.



sampai sampai je kami dpt fail smgt terus tulis nama..

  
ceramah pasal penyeleggaraan buku rosak oleh en hamzah dari perpustakaan negara .
                                 
                                    

tangkap gambar kejap buat kenangan...




  • bahan bahan diguna untuk selenggara buku rosak..
  • jarum,berus,benang,spatula,bone folder,bodkin,pensel,perekat,director paper/end paper





tunjuk ajar yg cukup berkesan oleh fasilitator...

teknik menjahit buku yang sudah relai helaiannya


program ni sangat bagus kerana banyak membantu pengawas pss untuk menghargai,dan menjaga buku dengan baik ...jadi lepas ni takde lah buku yang rosak sbb kami dah tahu cara nak baik pulihnya..tq kpd pihak penganjur program...

Friday, September 5, 2014

Ular Daun: Berani ke nak pegang?

ULAR DAUN

Ular pucuk adalah nama sekelompok ular berbisa lemah yang tidak berbahaya dari marga Ahaetulla, suku Colubridae. Dinamai demikian karena bentuk ular-ular ini menyerupai pucuk sulur-suluran di hutan: panjang, lampai dan umumnya berwarna hijau.

Dalam bahasa Inggris, ular-ular ini disebut dengan nama umum vine snake atau whip snake, yang mengacu kepada bentuk-bentuk yang sama seperti diuraikan di atas.

Ular-ular pucuk termasuk berbisa lemah. Artinya, meski bisanya cukup kuat untuk melumpuhkan mangsanya (misalnya kodok, kadal atauburung kecil), namun tidak berbahaya bagi manusia. Tak seperti ular-ular kobra atau bandotan, taring bisanya terletak di bagian belakang rahang atasnya (opisthoglypha).

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas :
Ular pucuk atau ular gadung ini sering terlihat atau didapati di pekarangan, kebun, semak belukar dan hutan. Ular pucuk menyukai pepohonan dan semak, tidak jarang terlihat menjalar di atas tanah, rerumputan, atau bahkan kadang menyeberangi jalan. Terkadang ular ini terlihat menjulurkan kepalanya di antara dedaunan, dan sesekali bergoyang seperti sulur-sulur pohon yang tertiup angin.

Ular daun juga dibela oleh sesetengah orang sebagai haiwan peliharaan dan minat.

Ni baru first time saya belajar pegang ular mula2 takot tapi lepas pegang best seronok,binatang ni manja sgt sesuai dgn jiwa manusia...hihi


saya bagi nama "SHARY"






huh akhirnya berjaya jugak pegang!!!

Warna seakan-akan daun membuatkan penyamarannya sangat berkesan sehingga kita tidak dapat membezakan antara ular dan daun. Ular ni minat betul dkt pokok buloh ni.




Saturday, August 30, 2014

Lawatan ke Zoo Negara & Muzium Coklat : PPIM SMKTE


LAWATAN SAMBIL BELAJAR ANJURAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM SMK TAMAN EHSAN 2014.
.
LOKASI: MUZIUM COKLAT KOTA DAMANSARA
               : ZOO NEGARA                        
TARIKH    : 30 OGOS 2014            
JAM          : 7.30 PAGI-6.00 PETANG
BAYARAN: RM20.00                            
PAKAIAN : BAJU SUKAN  SEKOLAH

·         Makanan pagi.tengahari dan petang disediakan{makan 3kali sehari}
·         Bas disediakan
·         Sasaran kepada ahli puteri islam smkte terhad kepada 40 pelajar.
·         Sila bawa duit lebih jika berminat dengan coklat yang dijual di muzium coklat,dan cenderamata.

TENTATIF PROGRAM
~Sarapan Pagi di kantin 7.30pagi - 8pagi
 ~ Bertolak dari SMK Taman Ehsan 8.00 pagi -8.30 pagi
 ~ Tiba di zoo Negara   9.00 pagi
~ Melawat zoo Negara  9.10 pagi-12.30 tengahari
~_Makan tengahari  1.00 tengahari
~ Solat Zohor  1.30 petang 
~_Bergerak ke muzium coklat  2.35 petang- 3.00 petang
~_ Melawat Muzium Coklat  3.00 petang-5.00 petang
~_Makan Petang                                                                    5.10petang – 5.30 petang
~ Tiba di SMK Taman Ehsan  6.00 petang


Kami bertolak pagi-pagi lagi kerana musim cuti sekolah sememangnya ramai pengunjung lagi-lagi esok nak merdeka.  Selepas makan pagi di kantin sekolah(nasi lemak) ,semua pelajar menaiki bas dan kami dibawa terus ke ZOO NEGARA MALAYSIA, Hulu Klang, 68000 Ampang, Selangor.

Setibanya di sana kami mula lah tangkap gambar....sementara menuggu pembelian tiket dibuat dikaunter pembayaran tiket..
Suasana diluar zoo jelas menunjukkan keindahan flora dan fauna. Suasana sangat indah.


                                      
Bayaran masuk untuk ke zoo negara bagi konsesi sekolah RM8 je,Sangat berbaloi...


Perjalanan kami dimulakan dengan menaiki tram rides...supaya takdela penat sangat untuk berjalan dalam zoo yang besar sangat...
naik tram ni best sgt sbb x da bunyi pon...maybe tram ni guna bateri... sambil menaiki tram ni kami ditunjukkkan tempat2 menarik oleh pemandu tram tersebut..mereka semua ramah sangat...

banyak tempat haiwan kami lawati seronok sangat....

badak sumbu

kura kura aldabra

                       

ni bahagian kura2

                 

Menyaksikan 'Multi-Animal Show'


Aktiviti yang tpaling best bila datang ke zoo negara ialah animal show di Show Amphitheatre ni.Waktu persembahan adalah setiap hari, jam 11.00 pagi & 3:00 ptg / 3:30 ptg (Jumaat). Pelbagai pertunjukan haiwan seperti singa laut, kera dan burung kakak tua.
Waktu ni seronok sangat kami lihat kebijaksanaan binatang yang dilatih oleh zoo negara Malaysia....

Hebat sungguh anjing laut mengimbangi bola dgn menggunakan leher,misai dan hidungnya...lepastu anjing laut ni lompat menerusi relung... wowo best pastu kami lihat pertarungan sukaneka antara burung parrot...akhir sekali yang paling mencuit hati ada seekor burung kakak  tua yang mengambil duit derma dari tangan pengunjung....sangat mengkagumkan...

Lepas dan tgk persembahan semua ni kami tgk la bhg ikan,penguin pastu terus kumpul di bas ......
dalam perjalanan dalam bas tu kitorang semua letih sangat tapi gembira....

Makan tengahari kami singgah di restoran taiping berdekatan kota damansara..

Kami makan nasi ayam ....dengan air sirap
pastu kami pergi la melawat muzium coklat....ni lah tempat yg dinanti-nantikan semua pelajar....



besarnya.....
dari luar ada bau coklat mint.....sedapnya


sesi bergambar...

kami diajar cara2 membuat coklat...


penerangan tentang buah koko

kreativiti dari coklat...

sejarah koko



masuk2 je dah kelihatan benda ni sgt menarikkkkk!!!!!!




ni kafe sebelah muzium coklat tu....cantik sangat..



 koleksi coklat yang dijadikan lebih menarik....





sejarah kejadian coklat



coklat dalam ni semua best2 ada yang tak pernah jumpa di pasaran pon wowo best lah...


Ini coklat yang saya sempat beli BARU RM38.30 saya dapat menikmati coklat kegemaran saya.....

Di akhir lawatan setelah selesai solat asar kami sempat jugak beli KFC makan2  kebetulan duit lawatan ada lebih so apa lagi KFC .!!!!! jadi peneman...

Seronok sangat lawatan kali ini maybe berkat sokongan guru...yang bawa kami ke lawatan ni alhamdulillah segala perancangan yg dirancang berjalan lancar....tq ckg hawa,ckg azurah,ckg junainah ustazh lydia ustazaha rosmawati,cikgu maizan, ckg hazwani dan cikgu akhiar....kerana telah menjayakan lawatan kali ni dgn terbaik!!!!!!!!!!!!
sayang SMK TAMAN EHSAN.......

Thursday, August 28, 2014

Motivasi Diri: Ujian Bulanan Sains Tulen

Kehidupan manusia ibarat roda....

Setelah selesai menduduki ujian Ogos, hati keresahan tatkala mendapat tahu keputusan masih kurang memberansangkan walaupun peperiksaan akhir tahun sudah hujung simpang je...
Kepala agak pening memikirkan punca kelemahan yang masih tidak mampu mendapat A+ dalam subjek-subjek Sains Tulen seperti Bio, Physic, Chemist dan Add Math....
Jika rakan lain berjaya dapat A+ mengapa kita tidak? takde alasan untuk dikatakan kita tak mampu lakukan yang terbaik!!!

Insyaallah, jika kita berusaha berterusan, kita boleh berjya. Paling penting kena cari cara belajar yang betullllll!!!! Study SMART!

Skrin

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 😄 latihan: https://play.blooket.com/play?id=118886 https://youtu.be/qa4Tx7kdsD0?si=VKj1eozuSJ7LZ05R ht...