Followers

Tuesday, October 7, 2014

Liga Remaja Kreatif: SMK Taman Ehsan


Kami join pertandingan liga remaja kreatif 2014 yang bertemakan 
"Jalur lebar untuk pendidikan"

Tajuk produksi kami ialah NEKAD....


Sketsa ini mengisahkan kehidupan sekumpulan remaja yang bernekad untuk berjaya dalam kehidupan. 

Walau apapun rintangan menghalang, mereka tetap berusaha dan fokus dalam pembelajaran dengan bantuan jalur lebar.

Akhirnya mereka berjaya dalam peperiksaan SPM..

Tolong 'like' dan 'komen'  menggunakan google account anda, di youtube..

*video ini merupakan hasil cetusan idea dari kumpulan kami iaitu saya, aishah, annisha (byk membantu dlm editing video) dan azzahra ...   

Semasa buat pengambaran ni ada byk kenangan manis bersama rakan2 sebab ni baru kali pertama kitorang cuba berlakon walaupun byk kesilapan dilakukan tapi kami rasa bangga cubaan kali pertama kami ni dapat dijalankan dgn baik....

Diharapkan video ini memberi tunjuk ajar untuk anda manfaatkannya.....


Selepas lengkapkan video ni, kami cuba lagi untuk buat satu lagi video so, kami masuk2 penyertaan....

kalau difikirkan masa mmg tak sempat tapi berkat usaha padu kumpulan kami dgn bantuan guru2 SMKTE (Pn Junainah) kami berjaya lengkapkan video kedua ni dlm masa 1 hari je....nak berlakon, edit video, cari idea hoho mmg susah dari pagi sampai ke petang memikirkan akhirnya dpt juga lengkapkan video ini.....



Video ni Mengisahkan Lisa, seorang pelajar aliran seni yang digantung  
sekolah kerana mempunyai masalah disiplin. 

Dalam tempoh 2 minggu dia belajar erti kesusahan hidup dan menyedari 
akan kepentingan ilmu. Satu-satunya harapan Lisa adalah melalui jalur 
lebar. 

Dia menggunakan kemudahan jalur lebar sebagai medan utama dalam 
pembelajarannya. Akhirnya dia berjaya dalam pameran seni yang dianjurkan di sekolahnya. 

Lisa meraikan rasa kegembiraannya bersama ibu tersayang.....(pelakon 
utama:azzahra sophie: sbg lisa, nurlyana ezani: mak lisa, aishah /annisha ( pelajar), pn junainah (guru)

Semoga, video ini dijadikan teladan...
pengajaran dari video ini:
Ingatlah, jangan sesekali putus asa walaupun anda digantung sekolah , anda masih boleh menggunakan medan utama jalur lebar untuk belajar{vle frog,youtube} jadi isilah masa lapang anda dengan melayari internet untuk pembelajaran.....

Semoga usaha kami diberkati allah swt....amin...
"usaha tangga kejayaan" jadi usahalah sehingga berjaya


Jom singgah dan baca entri dibawah:

No comments:

Post a Comment

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...