Followers

Saturday, August 30, 2014

Lawatan ke Zoo Negara & Muzium Coklat : PPIM SMKTE


LAWATAN SAMBIL BELAJAR ANJURAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM SMK TAMAN EHSAN 2014.
.
LOKASI: MUZIUM COKLAT KOTA DAMANSARA
               : ZOO NEGARA                        
TARIKH    : 30 OGOS 2014            
JAM          : 7.30 PAGI-6.00 PETANG
BAYARAN: RM20.00                            
PAKAIAN : BAJU SUKAN  SEKOLAH

·         Makanan pagi.tengahari dan petang disediakan{makan 3kali sehari}
·         Bas disediakan
·         Sasaran kepada ahli puteri islam smkte terhad kepada 40 pelajar.
·         Sila bawa duit lebih jika berminat dengan coklat yang dijual di muzium coklat,dan cenderamata.

TENTATIF PROGRAM
~Sarapan Pagi di kantin 7.30pagi - 8pagi
 ~ Bertolak dari SMK Taman Ehsan 8.00 pagi -8.30 pagi
 ~ Tiba di zoo Negara   9.00 pagi
~ Melawat zoo Negara  9.10 pagi-12.30 tengahari
~_Makan tengahari  1.00 tengahari
~ Solat Zohor  1.30 petang 
~_Bergerak ke muzium coklat  2.35 petang- 3.00 petang
~_ Melawat Muzium Coklat  3.00 petang-5.00 petang
~_Makan Petang                                                                    5.10petang – 5.30 petang
~ Tiba di SMK Taman Ehsan  6.00 petang


Kami bertolak pagi-pagi lagi kerana musim cuti sekolah sememangnya ramai pengunjung lagi-lagi esok nak merdeka.  Selepas makan pagi di kantin sekolah(nasi lemak) ,semua pelajar menaiki bas dan kami dibawa terus ke ZOO NEGARA MALAYSIA, Hulu Klang, 68000 Ampang, Selangor.

Setibanya di sana kami mula lah tangkap gambar....sementara menuggu pembelian tiket dibuat dikaunter pembayaran tiket..
Suasana diluar zoo jelas menunjukkan keindahan flora dan fauna. Suasana sangat indah.


                                      
Bayaran masuk untuk ke zoo negara bagi konsesi sekolah RM8 je,Sangat berbaloi...


Perjalanan kami dimulakan dengan menaiki tram rides...supaya takdela penat sangat untuk berjalan dalam zoo yang besar sangat...
naik tram ni best sgt sbb x da bunyi pon...maybe tram ni guna bateri... sambil menaiki tram ni kami ditunjukkkan tempat2 menarik oleh pemandu tram tersebut..mereka semua ramah sangat...

banyak tempat haiwan kami lawati seronok sangat....

badak sumbu

kura kura aldabra

                       

ni bahagian kura2

                 

Menyaksikan 'Multi-Animal Show'


Aktiviti yang tpaling best bila datang ke zoo negara ialah animal show di Show Amphitheatre ni.Waktu persembahan adalah setiap hari, jam 11.00 pagi & 3:00 ptg / 3:30 ptg (Jumaat). Pelbagai pertunjukan haiwan seperti singa laut, kera dan burung kakak tua.
Waktu ni seronok sangat kami lihat kebijaksanaan binatang yang dilatih oleh zoo negara Malaysia....

Hebat sungguh anjing laut mengimbangi bola dgn menggunakan leher,misai dan hidungnya...lepastu anjing laut ni lompat menerusi relung... wowo best pastu kami lihat pertarungan sukaneka antara burung parrot...akhir sekali yang paling mencuit hati ada seekor burung kakak  tua yang mengambil duit derma dari tangan pengunjung....sangat mengkagumkan...

Lepas dan tgk persembahan semua ni kami tgk la bhg ikan,penguin pastu terus kumpul di bas ......
dalam perjalanan dalam bas tu kitorang semua letih sangat tapi gembira....

Makan tengahari kami singgah di restoran taiping berdekatan kota damansara..

Kami makan nasi ayam ....dengan air sirap
pastu kami pergi la melawat muzium coklat....ni lah tempat yg dinanti-nantikan semua pelajar....



besarnya.....
dari luar ada bau coklat mint.....sedapnya


sesi bergambar...

kami diajar cara2 membuat coklat...


penerangan tentang buah koko

kreativiti dari coklat...

sejarah koko



masuk2 je dah kelihatan benda ni sgt menarikkkkk!!!!!!




ni kafe sebelah muzium coklat tu....cantik sangat..



 koleksi coklat yang dijadikan lebih menarik....





sejarah kejadian coklat



coklat dalam ni semua best2 ada yang tak pernah jumpa di pasaran pon wowo best lah...


Ini coklat yang saya sempat beli BARU RM38.30 saya dapat menikmati coklat kegemaran saya.....

Di akhir lawatan setelah selesai solat asar kami sempat jugak beli KFC makan2  kebetulan duit lawatan ada lebih so apa lagi KFC .!!!!! jadi peneman...

Seronok sangat lawatan kali ini maybe berkat sokongan guru...yang bawa kami ke lawatan ni alhamdulillah segala perancangan yg dirancang berjalan lancar....tq ckg hawa,ckg azurah,ckg junainah ustazh lydia ustazaha rosmawati,cikgu maizan, ckg hazwani dan cikgu akhiar....kerana telah menjayakan lawatan kali ni dgn terbaik!!!!!!!!!!!!
sayang SMK TAMAN EHSAN.......

No comments:

Post a Comment

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...