KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI
Setiap proses pembelajaran trialogikal telah menggunakan alat atau bahan sokongan bagi mewujudkan budaya kerja secara kolaboratif sesama ahli kumpulan. Penggunaan teknologi digital telah digunakan dengan rangkaian internet bagi membolehkan proses perbincangan seperti dalam enam fasa proses pembelajaran trialogikal berjalan lancar. Kami telah mencipta dan membangunkan kolaboratif artifak seperti bahan penulisan cadangan projek inovasi, rajah kerangka inovasi dan perbincangan idea inovasi menggunakan platform atas talian. Hal ini demikian kerana, untuk bekerjasama menjalankan proses penyuntingan penulisan kertas cadangan, kami menggunakan platform google doc dan google drive bagi memudahkan pengurusan kerja masing-masing. Bagi proses perbincangan pula, kami berbual tentang perkembangan gerak kerja melalui e-mel, Whatsapp dan Google Hangout. Jelaslah, pendekatan trialogikal menggalakkan pembelajaran khusus tentang
inovasi digital secara berkumpulan yang setiap individu perlu bekerjasama
berkongsi ilmu untuk mendapatkan sebuah idea kolektif dan transformasi amalan
ilmu pengetahuan. Untuk yang bertanya berkaitan Kerangka Inovasi kami: LAPORAN PROJEK INOVASI. |
Pautan Lain
Followers
Wednesday, October 14, 2020
INOVASI: KERTAS CADANGAN & LAPORAN INOVASI (DRAF)
INOVASI DIGITAL : PENDOKUMENTASIAN DAN PEMBUNGKUSAN.
PENDOKUMENTASIAN
Berdasarkan kertas cadangan yang dikemukakan pada
peringkat awal, penjelasan mengenai plan projek pelaksanaan inovasi digital ini
telah menggunakan proses pembelajaran trialogikal. Saya telah berkolaborasi
bersama ahli kumpulan untuk merangka dan mencorak penjanaan idea, pemilihan
idea, pembangunan inovasi sehinggalah peringkat pelaksanaan keberkesanan
inovasi yang dicipta. Oleh
itu, apabila bekerja secara berkumpulan, saya perlu mendokumentasikan setiap
maklumat yang diperoleh melalui hasil perbincangan kumpulan agar proses
pelaksanaan inovasi dapat dibuktikan dan dirujuk pada masa akan datang. Saya
telah berbincang proses merangka dan mencorak idea inovasi ini menggunakan
beberapa alat pembelajaran trialogikal seperti dalam rajah 1.
Pendokumentasian yang disusun adalah mengikut fasa pembangunan inovasi. Bermula
daripada fasa pertama iaitu mengenal pasti masalah, segala borang soal selidik
dan data responden direkodkan dan didokumentasikan pada platform seperti di
dalam rajah 2. Bagi fasa penjanaan idea inovasi pula, saya telah merekodkan
perbincangan kumpulan yang menggunakan alat trialogikal di dalam platform rajah
2. Seterusnya, fasa ketiga iaitu penciptaan inovasi juga didokemntasikan
menggunakan google drive dan
pembuktian bahan inovasi dibangunkan melalui bukti bergambar. Setiap proses
penghasilan inovasi memerlukan pembuktian yang jelas bagi menjamin keberkesanan
proses pelaksanaan sesebuah inovasi. Justeru itu, saya telah membangunkan
sebuah ruang maya menggunakan padlet
bagi mengumpulkan segala bahan artifak dan sumber berkaitan inovasi digital ini.
Anda boleh mengakses pendokumentasian inovasi ini pada pautan https://padlet.com/pju17_c211/4pfeupw6hk0i atau imbas kod
dibawah:
PEMBUNGKUSAN
Kandungan grafik pada pembungkusan
produk digital terutamanya imej produk, logo dan imej jenama dan grafik hiasan
memainkan peranan penting bagi menarik perhatian pembeli. Saya telah
mengaplikasikan teknik CASPER dalam
penghasilan poster grafik, video promosi dan logo untuk persembahan bagi tujuan
mempromosikan produk inovasi ini. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud Contrast
(Kontra), Alignment (Susunan
lurus), Simplicity (Mudah), Proximity (Berhampiran), Emphasis (Penekanan) dan Repetition (Pengulangan). Menurut Noriati et al. (2012), teknik ini penting
untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang
perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Bagi
pembungkusan produk, saya telah mencipta logo utama seperti dalam rajah 4, dengan
menggunakan aplikasi piktochart.
Seterusnya, saya menyediakan poster khas untuk tujuan pembungkusan produk. Sila klik pautan berikut https://create.piktochart.com/output/45393751-poster-kuiz atau imbas kod dalam rajah 5 untuk melihat hasil poster inovasi yang digunakan bagi tujuan mempromosikan produk inovasi saya. Contoh gambar poster boleh dilihat dalam rajah 6. Pada poster yang dihasilkan, telah dimuatkan maklumat tentang kelebihan-kelebihan produk inovasi, kandungan pembungkusan produk inovasi dan manual penggunaan produk inovasi. Tiga perkara ini menjadi elemen utama dalam proses pembungkusan inovasi sebelum dipasarkan kepada masyarakat.
Saya telah membangunkan dua laman media sosial yang boleh diakses pada imbasan kod dalam rajah 7, bagi tujuan memperluaskan inovasi digital ini agar dapat dimanfaatkan kepada semua lapisan masyarakat. Promosi yang dijalankan di Instagram dan Facebook akan mengkomersialkan produk inovasi ini secara umum menggunakan pautan dan poster inovasi yang menarik seperti dalam contoh rajah 8.
INOVASI DIGITAL: PENGHASILAN INOVASI DAN MANUAL PENGGUNAAN INOVASI SIBAPE
PENGHASILAN INOVASI
Penciptaan
inovasi ini adalah di bawah kategori pembelajaran dalam talian dengan
membangunkan sebuah aplikasi portal pendidikan berkaitan simpulan bahasa dan
peribahasa Melayu. Penciptaan inovasi ini juga mewujudkan aktiviti pembelajaran
melalui kuiz penilaian yang pelbagai. Dalam projek inovasi kali ini, pembangun
inovasi menggunakan beberapa perisian komputer yang sedia ada secara atas
talian untuk membantu pembangun inovasi membuat reka bentuk isi kandungan dan
aktiviti mata pelajaran bahasa Melayu mengikut kesesuaian sasaran pengguna.
Jadual 1 memaparkan perisian yang digunakan dalam penciptaan inovasi digital
pendidikan.
Jadual 1:
Laman Sumber Pendidikan yang digunakan dalam
Penciptaan Inovasi.
Antara elemen
inovasi yang terkandung dalam aplikasi inovasi SiBaPe adalah kuiz penilaian.
Terdapat empat jenis kuiz penilaian diperkenalkan dalam penciptaan inovasi
digital ini. Setiap jenis kuiz menggunakan teknik dan rangsangan yang pelbagai
bagi mencapai matlamat inovasi. Jadual 2 menunjukkan kandungan elemen kuiz
penilaian, inovasi SiBaPe.
MANUAL PENGGUNAAN
Inovasi SiBaPe
telah membangunkan sebuah aplikasi tersendiri yang memuatkan enjin carian
peribahasa, simpulan bahasa, contoh karangan dan kuiz penilaian. Penghasilan
aplikasi ini dibentuk daripada gabungan tiga projek utama daripada setiap ahli
kumpulan.
Ahli 1: |
Enjin Carian Peribahasa |
Ahli 2: |
Enjin Carian Simpulan Bahasa |
Ahli 3
(Nurlyana Binti Ezani) : |
Aplikasi Kuiz
Penilaian dan Karangan Periabahasa |
Dalam Manual pengguna ini, saya akan menjelaskan cara memuat turun aplikasi utama SiBaPe dan cara mengakses ke portal kuiz penilaian dan karangan peribahasa.
1.1 HALAMAN APLIKASI UTAMA
Bagi pengguna
yang pertama kali ingin mengakses aplikasi inovasi SiBaPe, anda boleh mengakses
aplikasi ini menggunakan dua platform. Bagi mendapatkan platform yang sempurna,
anda perlu menggunakan telefon pintar android. Terdapat dua cara mengakses
Aplikasi Inovasi SiBaPe:
CARA PERTAMA:
Imbas kod dalam
gambar 1 dan muat turun aplikasi ‘inovasi SiBaPe’ ke dalam telefon pintar android
anda. Sekiranya anda keliru, anda boleh menonton video manual penggunaan aplikasi
SiBaPe dengan mengimbas pada kod dalam gambar 2.
Gambar
1: Kod
Aplikasi Inovasi SiBaPe Gambar
2: Kod Video Manual Penggunaan
Sekiranya anda
tidak mahu menonton manual penggunaan melalui video seperti dalam gambar 2,
saya akan tunjukkan cara memuat turun aplikasi tersebut secara visual pada
bahagian ini.
LANGKAH 1: Imbas kod pada gambar 1.
LANGKAH 2: Klik butang ‘INSTALL’ seperti dalam gambar 3.
LANGKAH 3: Klik butang ‘ADD TO HOME SCREEN’ seperti dalam gambar
4.
Gambar 4: Add To Home Screen
LANGKAH 4: Klik butang ‘ADD AUTOMATICALLY’ seperti dalam gambar 5
LANGKAH 5: Apabila terpapar gambar 6, anda perlu tunggu dalam
tempoh 10 saat untuk paparan utama muncul.
|
Gambar 7: Paparan Utama
Sekiranya anda
tidak mahu memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon bimbit, anda juga boleh
menggunakan komputer untuk mengakses aplikasi inovasi digital ini seperti dalam
gambar 8.
ALTERNATIF KEDUA: MENGGUNAKAN WEB/ KOMPUTER
Klik pautan: http://m.appbuild.io/ta76b
Gambar 8: Paparan Utama di Web
1.2
AKSES KE PRODUK
INOVASI INDIVIDU
Setelah anda
memuat turun aplikasi utama, anda perlu melihat ruangan ‘Kuiz Penilaian’ dan ‘Karangan
Peribahasa’. Berikut adalah manual penggunaan akses ke portal inovasi yang
dibangunkan secara individu.
PRODUK INOVASI SAYA: KUIZ PENILAIAN
& KARANGAN PERIBAHASA
LANGKAH 1: Setelah memasuki halaman utama aplikasi, anda perlu
klik ‘KUIZ PENILAIAN’
LANGKAH 3: Anda boleh klik
pada ruangan yang ingin diakses.Terdapat 4 Jenis Penilaian dan Rekod Pentaksiran.
|
|
|
|
|
PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)
Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...
-
Hari ini saya kongsikan pula pengurusan fail praktikum secara terperinci. Fail praktikum ni macam buku rekod mengajar yang cikgu guna kat s...
-
Assalamualaikum dan hai guys. Harini, saya nak kongsikan cara kira PMG / PMGT. Bila keputusan dah keluar di ITEMS, semua pasti berlumb...
-
Assalamualaikum dan Hi... Pada perkongsian kali ini, saya akan senaraikan subjek/kursus yang dipelajari sepanjang 8 semester di PISMP. Perk...