Assalamualaikum dan hi...
Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kehidupan yang telah saya lalui sepanjang semester 6 dalam opsyen Bahasa Melayu (PISMP).
Saya merupakan siswa guru ambilan Jun 2017.
Kini, baru sahaja selesai peperiksaan akhir semester dan sedang menunggu keputusan peperiksaan untuk meneruskan semester berikutnya.
Cepatnya masa berlalu, selepas ini hanya berbaki dua semester sahaja. Sememangnya pasti lebih mencabar.
Baiklah, perkongsian kali ini saya tujukan kepada rakan-rakan junior lain yang bakal menempuh semester 6 untuk mendapatkan gambaran awal tentang perjalanan pada semester ini.
Apa salahnya kita bersedia lebih awal kan....
Saya merupakan siswa guru ambilan Jun 2017.
Kini, baru sahaja selesai peperiksaan akhir semester dan sedang menunggu keputusan peperiksaan untuk meneruskan semester berikutnya.
Cepatnya masa berlalu, selepas ini hanya berbaki dua semester sahaja. Sememangnya pasti lebih mencabar.
Baiklah, perkongsian kali ini saya tujukan kepada rakan-rakan junior lain yang bakal menempuh semester 6 untuk mendapatkan gambaran awal tentang perjalanan pada semester ini.
Apa salahnya kita bersedia lebih awal kan....
Untuk pengetahuan kalian, sepanjang lima semester yang telah saya tempuhi tidaklah sesukar semester 6. Semester ini sedikit sibuk dan memerlukan pembacaan yang banyak.
Nak tahu sebab apa?
haa saya kongsikan dahulu senarai kursus/subjek yang akan kalian pelajari.
Nak tahu sebab apa?
haa saya kongsikan dahulu senarai kursus/subjek yang akan kalian pelajari.
Semantik Bahasa Melayu (BMMB 3123),
Subjek ni, agak sukar untuk mendapat kefahaman mendalam. Secara umumnya, subjek ni banyak fokus berkaitan makna-makna ayat, analisis maksud peribahasa dan segala perkara yang mengkaji tentang makna ayat. Pentaksiran subjek ini akan berlaku melalui 2 cara iaitu
60% Kerja Kursus dan 40% Peperiksaan.
Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 60%. Antaranya:
Penulisan Esei (25%) -1000 patah perkataan-
Pada
zaman kami, soalan esei suruh kami menerangkan fitur makna, makna leksikal dan
makna ayat dalam bahasa Melayu.
Analisis Peribahasa (25%) -1000 patah perkataan-
Pada
bahagian ini, pensyarah menyuruh kami analisis peribahasa yang bertemakan alam
Melayu dan perlu ceritakan perubahan makna yang berlaku dalam 10 peribahasa
yang dipilih untuk dianalisis.
Pembentangan Kumpulan (10%) -30 Minit-
Pembentangan
kumpulan pula kursus ini perlu di NPDL bersama kursus Hubungan Etnik. Tajuk
masa tu suruh kami hasilkan teks (fiksyen atau fakta) yang menerapkan Teori
Semantik beserta kepentingannya.
Jadi, itu adalah gambaran untuk pentaksiran
kursus ini.
Baiklah, untuk kursus Semantik bahasa Melayu (BMMB 3123),
kalian akan pelajari 14 bab berdasarkan RMK yang tertera dalam gambar di bawah.
Baiklah, untuk kursus Semantik bahasa Melayu (BMMB 3123),
kalian akan pelajari 14 bab berdasarkan RMK yang tertera dalam gambar di bawah.
(p/s: setiap
tahun berkemungkinan ada kemas kini dan penambahan maklumat, saya hanya
kongsikan RMK pada zaman kami belajar hehe)
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan
bahasa Melayu,
Kita juga akan belajar macam mana nak pilih istilah dalam bahasa Melayu yang tepat bagi mendukung maksud terjemahan inggeris tadi.
Baiklah, pentaksiran pula akan berlaku melalui 2 cara iaitu 60% Kerja Kursus dan 40% Peperiksaan.
Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 60%. Antaranya:
Penulisan Esei (25%) -1000 patah perkataan-
Pada
zaman kami, soalan esei suruh kami membincangkan tentang sejarah perkembangan
Bahasa Melayu bermula abad ke-20 sehingga kini serta peranan Kamus Dewan dalam
perkembangan pendidikan bahasa Melayu di negara ini.
Terjemahan Teks (25%) -1000 patah perkataan-
Pada
bahagian ini, pensyarah menyuruh kami memilih jurnal akademik bahasa Inggeris
dan terjemahkan teks mengikut kaedah terjemahan yang sesuai ke dalam bahasa
Melayu.
Pembentangan Kumpulan (10%) -30 Minit-
Pembentangan
kumpulan pula susahhh sangat sebab kursus ini perlu di NPDL bersama kursus Asas
Penyelidikan dan Inovasi Digital. Jadi, kami buat ja la setakat yang mana kami
faham. Tajuk masa tu suruh kami bincangkan isu-isu berkaitan perkamusan dan
peristilahan yang dihadapi guru-guru BM dalam mengaplikasikan alat digital
untuk PdP BM.
Jadi, itu adalah gambaran untuk pentaksiran
kursus ini. Sekarang, saya nak kongsikan pula Ringkasan Maklumat Kursus bagi
kursus ini.
Baiklah, untuk
kursus Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan bahasa Melayu (BMMB 2113),
kalian akan pelajari 15 bab berdasarkan RMK yang tertera dalam gambar di atas.
Penulisan Sastera Kreatif Kanak-Kanak
Kursus ini mempunyai 3 jam kredit dan sememangnya memberi kesan yang besar dalam menentukan pointer keputusan nanti.
Jadi, kursus ini perlu diberikan perhatian lebih supaya dapat membantu kita skor dengan baik.
Kursus ni lebih kurang macam subjek Kesusasteraan Melayu yang pernah kita belajar pada semester 2 tu...
Cuma kali ini berfokus kepada kanak-kanak.
Subjek ni sedikit relaks dan mudah sebab hanya perlu cipta-cipta cerpen, puisi yang berkaitan kanak-kanak.
Haa.. ni saya kongsikan contoh soalan Kerja Kursus zaman kami:
Soalan Tugasan Subjek Penulisan Kreatif Sastera Kanak-kanak |
Asas Penyelidikan dalam Pendidikan
(BMMB
3143)
Kursus ni adalah palinggggggg pentingggg untuk diberi perhatian. Inilah pemula kepada penghasilan bukram/tesis kalian nanti. Jadi hadam dan kuasailah betul2 subjek ni. Bagi saya, kursus ini adalah satu perkara yang baharu. Kita tak pernah belajar dalam semester-semester sebelumnya. Maka, setiap istilah yang diguna pakai dalam kuliah tu agak rumit untuk difahami.
Jad, tipsnya adalah dengan banyakkan membaca jurnal kajian penyelidikan berkaitan PdP. Dalam kajian-kajian yang dibuat selalunya ada banyak perkataan/istilah yang pelik tak biasa kita dengar.
Okay, seterusnya kalau nak cerita pasal pentaksiran... ia akan berlaku melalui 2 cara iaitu 60% Kerja Kursus dan 40% Peperiksaan. Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 60%. Antaranya:
Kertas Cadangan Penyelidikan (60%)
–minimum 2500 patah perkataan-
Pada
tugasan ini anda akan alami pelbagai dugaan dan cabaran haha. Perkara baharu
yang dipelajari dalam tempoh yang singkat tapi perlu hasilkan proposal
penyelidikan daripada bab 1 hingga bab 3. Tajuk kajian semestinya dah mula
fikir dari awal. Tapi kalau fikir awal2 pun sampai ke akhir ada ja rasa nak
tukar tajuk kajian tu lagi. Tugasan ini, kalian kena hasilkan proposal
penyelidikan yang mengkaji isu /masalah dalam Pendidikan Bahasa Melayu.
Semestinya, kalian perlu fikir dari sekarang nak kaji pasal apa. Sebab kalau
lambat fikir haih susah nak cari bahan-bahan saat akhir. Ini merupakan
pembahagian bab dalam proposal penyelidikan:
BAB
1: PENGENALAN ( Latar belakang kajian, Penyataan Masalah, Objektif Kajian,
Soalan Kajian, Kepentingan Kajian, dll)
BAB
2: KAJIAN LITERATUR ( Konsep fokus kajian, kajian lepas, teori kajian,
kekuatan/kelemahan teori kajian, kerangka kajian, dll)
BAB
3: METODOLOGI KAJIAN ( Reka bentuk kajian, Populasi dan Persampelan Kajian,
Instrumen Kajian, Prosedur Pengumpulan Data, Prosedur Analisis Data, dll)
Setiap
bab ada kandungan berbeza mengikut reka bentuk kajian anda. Sama ada kajian kualitatif
atau kuantitatif.
Pembentangan kumpulan (10%):
Tajuk
masa tu suruh kami cari lima artikel yang mengkaji tentang inovasi dalam
pendidikan bahasa Melayu. Kemudian, analisis metodologi kajian serta apa
kepentingan metofdologi kajian itu.
Tapi..... zaman kami, last minute exam dibatalkan sebab PKP tu. Maka 100% tu memang bergantung sepenuhnya pada proposal (kertas cadangan penyelidikan tu).
Demikianlah, gambaran untuk pentaksiran kursus ini. Apapun, mulai sekarang kalian dah mula membaca jurnal-jurnal kajian pdpc bahasa Melayu. FAHAMI setiap elemen yang perlu ada dalam membuat sesuatu kajian.
Demikianlah, gambaran untuk pentaksiran kursus ini. Apapun, mulai sekarang kalian dah mula membaca jurnal-jurnal kajian pdpc bahasa Melayu. FAHAMI setiap elemen yang perlu ada dalam membuat sesuatu kajian.
Pendidikan
Inklusif (BMMB 3132),
Pentaksiran subjek ini akan berlaku melalui 2 cara iaitu 60% Kerja Kursus dan 40% Peperiksaan.
Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 60%. Antaranya:
Penulisan Akademik (20%) -600 patah
perkataan-
Pada zaman kami,
soalan esei suruh kami buat analisis tentang pelaksanaan program pendidikan
inklusif bagi mata pelajaran BM di sekolah rendah.
Penulisan Rancangan Pendidikan Individu
(20%)
Pada bahagian
ini, anda perlu tulis RPH tapi versi individu yang dipanggil (RPI) khusus untuk
murid berkeperluan khas seperti maslaah pembelajaran, penglihatan dan
pendengaran yang mengikut sukatan pelajaran yang sama seperti murid arus
perdana.
Pembinaan bahan bantu mengajar (20%)
Untuk bahagian
ni, kita kena hasilkan BBM untuk Murid Berkeperluan Khas yang diinklusifkan
bersama murid biasa dalam kelas perdana.
Inovasi
Digital dalam PdP (BMMB 3152)
Inovasi ni macam biasa, kalian perlu ada idea untuk hasilkan sebuah inovasi. Tapiiiii mestilah menggunakan teknologi digital. Maka, mulai sekarang cubalah explore berkaitan aplikasi-aplikasi yang boleh anda guna dan bangunkan untuk masukkan elemen inovasi anda.
Subjek ni juga kalian akan belajar banyak sangat model dan teori inovasi ni. Benda yang paling serabut masa kami belajar tu adalah
"MODEL TRIALOGIKAL"
Ha.... khatam betul-betul la pasal benda ni. Nanti banyak benda aktiviti yang perlu kalian gunakan model ni.
Seterusnya, pentaksiran akan berlaku melalui Kerja kursus sahaja. Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 4 tugasan untuk memenuhi kriteria 100%. Antaranya:
Projek Inovasi (70%)
Pada zaman kami,
soalan esei suruh kami buat analisis tentang pelaksanaan program pendidikan
inklusif bagi mata pelajaran BM di sekolah rendah.
Laporan Projek (10%)
Pada bahagian
ini, anda perlu tulis RPH tapi versi individu yang dipanggil (RPI) khusus untuk
murid berkeperluan khas seperti maslaah pembelajaran, penglihatan dan
pendengaran yang mengikut sukatan pelajaran yang sama seperti murid arus
perdana.
Pembentangan (10%)
Untuk bahagian
ni, kita kena hasilkan BBM untuk Murid Berkeperluan Khas yang diinklusifkan
bersama murid biasa dalam kelas perdana.
Kuiz (10%)
Sekarang, saya
nak kongsikan pula Ringkasan Maklumat Kursus bagi kursus ini.
Kalau kalian nak tengok cara-cara kendalikan Inovasi ni boleh lihat entri saya pada pautan ini:
Hubungan
Etnik (MPU 3122)
Kursus ini paling.... mudah. Dia banyak ulang kaji balik pasal sejarah yang kita belajar masa Form 1-Form 5 tu lepastu ada kaitan sikit dengan sivik dan pendidikan moral.
Pentaksiran subjek ni akan berlaku melalui Kerja kursus sahaja.
Seperti biasa, dalam pembahagian Kerja Kursus tersebut, terdapat 3 tugasan untuk memenuhi kriteria 100%. Antaranya:
Penulisan Ilmiah (60%)
Pada zaman kami,
soalan esei suruh kami bincangkan tentang unsur-unsur tradisi dalam
Perlembagaan Persekutuan
Pembentangan (20%)
Untuk bahagian
ni, kita kena hasilkan slaid powerpoint dan bentangkan tajuk yang ditetapkan.
Kuiz (20%)
Kuiz hanya perlu
menjawab soalan struktur.
BUKU-BUKU SEMESTER 6
Di sini, saya
ingin kongsikan juga buku yang sangat berguna dan membantu untuk dijadikan nota
pembacaan: tapi tak semua buku yang saya sempat tangkap gambar.... ni sekadar beberapa buku yang berguna dan saya guna sepanjang sem 6
Okay, itu sahaja perkongsian saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya.
Semoga berjaya menempuhi semester 6 nanti.