Salam...
Haa, harini nak kongsikan sedikit pengalaman ayah saya tercekik tulang ikan.
Ibu masak sedap sangat, ayah makan penuh selera. Tup..Tup.. ayah terdiam
sekejap.
"Habislah"
Semalam ibu
masak asam pedas kepala ikan. Dari awal mula nak makan, ayah berkali-kali kata
"
Hati-hati makan tu, kuah tu ada tulang. Rasa dulu, baru telan"
Tapi,
selepas beberapa minit, ayah pula yang tercekik tulang. Besarnya tulang tu
bukan kepalang.
Macam-macam petua kami guna
Macam-macam petua kami guna
Pertama
sekali, ibu cepat-cepat kepal Nasi menjadi bebola kecil dan
telan perlahan-lahan supaya tulang yang terlekat dapat ditolak bersama
nasi. Sudah 5-6 gumpalan nasi ditelan, tapi tulangnya masih juga tidak
mahu pergi. Masih terasa tercucuk di bahagian kerongkong. Selera makan ayah
juga sudah tiada. Ayah terus bangun pergi ke sinki. Berkali-kali cuba memaksa
diri mengeluarkan tulang. Tapi semakin sakit.
Kemudian,
ibu bagi pula Pisang. Ayah ikhtiarkan juga untuk telan pisang
itu perlahan-lahan mengikut saiz yang berpadanan. Tapi, tulang masih tersekat.
Haih.... susah betul tulang tu nak keluar. Barangkali, besar tulang tu.
Disebabkan tulang tu tak nak keluar juga, ayah terus minum Air suam dan
selawat sebelum meminumnya. Hanya mampu berdoa tulang itu keluar dari
kerongkong.
Tulang yang
tersekat itu menyebabkan ayah tidak selesa. Seharian juga ayah mengeluh rasa
sakit. Bila nak baring/tidur juga tidak selesa sebab sakit. Hampir 3 hari
tulang tu terlekat, dan ayah taknak pergi klinik. Haih takut betul nak pergi
klinik. Sepanjang 3 hari itu, ayah masih boleh makan nasi tapi kena makan yang
lembik sebab tekak jadi sakit. Katanya, macam kena hiris dengan pisau sebab
tulang tu tajam... Sepanjang 3 hari tu, macam-macam benda kami cuba, aku tak
habis-habis jadi tukang 'torch' mulut
ayah nak tengok bahagian kerongkong tu... Tapi tulang tu tak nampak. Yang
nampak.... tekak ayah tu merah2 macam ulser tu yang ayah pedih nak telan
makanan..
Setiap
hari, ayah telan benda-benda yang bergumpalan supaya tulang tu hilang. Boleh
dikira, setiap masa ayah telan pisang la, Roti la supaya
tulang tu hilang. Ada juga orang suruh cuba minum Air Garam, Madu,
Minyak Zaitun. Semua cara sudah diusahakan. Pada waktu malam hari
kedua terlekat tulang tu.... ayah sampai keluar darah sikit di air liur
sebabkan kerongkong yang sakit tercucuk tulang. Masa tu... kami memang marah
sangat sebab ayah taknak pergi hospital.
Malam hari
ketiga tu, masa ayah pergi kerja dan makan sahur... bila telan nasi .....
akhirnyaaaaaa tulang tuuuu pun ikut sama masuk ke perut. Tidak lagi tercucuk
kerongkong ayah. Balik kerja tu ayah gembiraaa dan bersyukurrr sangat. Apapun,
kalau kalian pernah tercekik tulang, ikhtiarkan dulu dengan pelbagai
cara/petua. Kalau tak hilang juga dan mendatangkan bahaya..... kena la pi
klinik check dengan Dr.