Assalamualaikum..
Hai...
Bertemu kita sekali lagi ...okayy
Pagi
hari yang dinanti sudah tiba. Saya dapat sesi 1. Jadi, pukul 7.30 pagi dah kena
ada di IPG Kampus Bahasa Melayu tu. Pagi-pagi tu hujan sangat lebat. Ohhh
dugaannn!! Saya pergi menaiki motosikal bersama ayah.
Selepas
solat subuh, aku berdoa dan alhamdulillah akhirnya hujan berhenti. Kami
memulakan perjalanan seawal 6.30 pagi. Setibanya di IPG KBM, saya terus membuat
semakan nama di kawasan Lobi Utama Kampus IPGKBM. Alhamdulilah nama saya ada
dalam sesi 1. Kemudian, taklimat mengenai UKCG ujian bertulis diberi oleh pensyarah
yang menguruskan UKCG ni.
Tepat
jam 8.30pagi, kami terus ke aras 4 bangunan menara IPG KBM dan memasuki bilik
kuliah. Waktu ni.... kalian pastikan Slip Kehadiran dan Kad Pengenalan dibawa
bersama. Pensel 2B dan Pemadam pun pastikan bawa ye.
Ujian
bertulis mengambil masa selama 45minit. Ada 195 soalan dengan pembahagian
Bahagian A:135 soalan (jawab dlm masa 30 minit) . Bahagian B :60 soalan (jawab
dalam masa 15minit). Alhamdulillah, saya dapat jawab semua dengan masa yang
diberi. Pastikan kalian hadir ke UKCG tu awal, kalau lewat mmg takda masa
tambahan utk kalian. Masa yang diberi amatlah singkat. Soalan Bahagian A agak
mencabar berbanding Bahagian B. Apapun, kalian buat yang terbaik dan fokus!
Selesai
ujian bertulis, barulah kami mendengar taklimat Ujian Kecergasan Fizikal(UKF)
pula. OKAY... saya punya UKF pada jam 12.15 tapiii diawalkan kepada 11.30am.
Jadi, kepada kawan-kawan tolonglah jangan dok merayap selepas ujian bertulis tu
nanti nak mencariii haihh susah tau. UKF tahun nie ada perubahan sikit.
Dalam
UKF ada 5 Stesen.
Stesen
pertama , BMI . stesen akan diambil
berat dan ukur ketinggian . saya : tinggi 157cm , berat 40kg . so normall yaayy
dapat markh penuh iaitu 15 markah.
Stesen
Kedua ,kump saya menjalani tekan tubi . stesen ni uji kekuatan otot seseorang
calon saya dapat buat 22 kali hihihi sbb langsung tak training kan huhu so
markah saya 12/15.
Stesen
Ketiga , Jangkauan melunjur . yang ni nak uji kelenturan ni kiranya macam ujian
SEGAK kita dulu dulu tuuu hahaha. Alhamdulillah sya dapat 36 so markah saya
12/15 .Kalian nak markah penuh pastikan buat 41 keatas okayy.
Stesen
Keempat , Bangkit tubi Bervariasi . 5 variasi akan diuji . setiap varisi diberi
2 kali percubaan . so tak lepas cubaan pertama, boleh buat cubaan kedua. kalau
tak lepas juga kalian dikira gagal utk melakukan variasi seterusnya. saya dapat
melepasi kelima-lima variasi tu syukurr sangat so dapatlah 15/15 markah.
Stesen
kelima , Bleep Test .yang sering menjadi keresahan dalam ukcg niii hahaha ,
Stamina anda perlu banyak ye...! bleep test ni ada 21 level haaaaaaa
banyakkkknyaaaa . jarak 20 meter antara
dua garisan . kalian kena lari sampai garisan sebelum bunyi "bleep".
Alhamdulillah, sya yg termampu level 5.3 sebabnya nak masuk level 5.4 dah tak sempat ualng balik sebab bunyian
"bleeeeppp"tuuuuu haih saborr jelahhh. untuk perempuan nak dapat
markah penuh kena sampai level 6.1 tapi saya dapat buat smpai 5.3 alhmdulillah
syukurr sgt . markah penuh utk bleep test niii 40 markah tau so tolongla buat
bebetul ok.kalau saya sampai level 5.3 kiranya saya lari sebanyak 640meter
.setiap level ada pembahagian dia contoh level 1 kena buat 7 larian level 2,3
pon sama level 4/5 kena buat 8-9 . Pastikan kelajuan stamina jaga...memula tu
masa dia lama tetapi semakin lama bunyi bleep tu semakin lajuuuuu jd kena
pecuuttttt hahaha tu yang nak ke level 5.4 tak lepas.
Kalian
pastikan makan pagi dulu sebelum UKF ni tauu nnt lappaarrrrr!!! Selesai kedua-dua ujian, calon boleh pulang
ke rumah . Alhamdulillah .sekarang tinggal tunggu keputusan lulus ke tidak
ujian tu , kalau lepas barulah ada panggilan temuduga In Shaa Allah, doakan la ye saya dapat temuduga pulak.Ramai kenalan kat situ
anataranya kak miera...liana...tarchiani...dan byk lagi jadi jangan takut
ye.kalian buat terbaik saya yakin anda pasti berjaya.
IPG KBM Lembah Pantai. BESTTT sangat IPG niii!!! cantik dan besar..
semoga cita-cita menjadi insan bergelar guru dapat dicapai!!
Ok bye wasalam sekiannn