Followers

Sunday, March 30, 2014

Hadiah Hari Guru untuk Cikgu SMKTE


SMK Taman Ehsan, disinilah titik permulaan kejayaan saya selepas menamatkan pelajaran di SK Taman Ehsan. 

Sekolah ni paling best...especially cikgunya awesome.... 

Mungkin ramai kata sekolah harian kurang bagus.

Namun, jika kita bijak mengurus masa, sekolah harian pun boleh berjaya. Kalau nak tahu, pencapaian akademik SMKTE pun ok juga..

                             

hihi ...Saya dapat straight A's dalam PMR. 

Asalnya, nak masuk asrama. 

Tapi, bila fikirkan guru-guru SMKTE yang terbaik dan rakan yang sering membantu, rasanya, tanpa ke sekolah berasrama pun saya boleh cemerlang dengan bantuan mereka. 

Terima Kasih cikgu SMKTE untuk segala tunjuk ajar kalian. 

Saya sayang SMKTE.... 

Berdisiplin Berharmoni Berdikari...


Tanggal 16 Mei sambutan hari guru SMKTE disambut dengan meriah. Ada pelbagai persembahan seperti nyanyian, sajak, perarakan guru, pertandingan bola jaring, futsal, melukis, permainan catur... dan lain-lain. Slot paling menarik apabila Unit Pusat Sumber SMKTE buat anugerah khas untuk cikgu-cikgu di SMKTE. 

Antaranya, 
anugerah guru suka-suki,
anugerah guru paling cute, 
guru suka senyum, 
guru popular, 
guru paling garang, 
guru paling diva dan 
guru paling bergaya...

Saya dan kawan baik saya Darrshini Jagan jadi pengerusi majlis. 

Hihi.. seronok menjadi emcee untuk pertama kali. Jadi, kami agak kekok hahaahaha...

Lepastu, Saya, Azzahra dan Annisha pergi cari cikgu2 tersayang untuk bagi hadiah hari guru.

Ini adalah hasil kad ucapan yang saya buat sendiri untuk diberikan kepada cikgu-cikgu SMKTE.

Cantik tak?
Saya buat khas buat guru-guru tersayang


Kad dan Penanda Buku


Explosion box Hari Guru

Untuk kawan-kawan yang nak belajar cara buat kad yang menarik... bolehlah kunjungi Youtube Craftingeek. Kreatif sangat... 

                             


Saya harap di hari guru akan datang dapat disambut dengan lebih meriah...
Terima Kasih Cikgu atas segala tunjuk ajar.
Jasamu Dikenang.
Sayang Cikgu.


Jom singgah & baca entri di bawah:

No comments:

Post a Comment

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...