Followers

Monday, April 11, 2016

Keputusan Permohonan IPG: Dapat ke?

Assalamualaikum..

Rasanya lama sangat tak update blog ni.
Haa hari ini, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya semasa mnghadiri UKCG iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru 2016. Ujian ini akan diduduki oleh semua calon yang terpilih berdasarkan permohonan yang dibuat di laman Permohonan PISMP (IPGM)

                                

Bermulalah kisah yg sangat dramatik haha
Saya dengan kawan memang minat sangat nak jadi cikgu.... Jadi, bila keputusan SPM keluar je alhamdulillah keputusan melayakkan kami utk memohon IPG dibawah program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) .

Program ni mmg menjadi pilihan hati dari dulu lagi. Tetapi nak masuk IPG ni bukannya mudah ye. Mungkin ramai kata hah kau mohon maktab? Hello, sekarang dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, dah  memartabatkan profesion perguruan dari maktab yang dikenali dulu kini dinaiktaraf kepada gelaran institusi. Haa itulah berdasarkan pembacaan saya.

Ok nak sambung cerita balik...

Permohonan dibuka bermula 10Mac-27Mac 2016. Saya awal² dah mohon. Dengan pilihan syarat  pengkhususan BM dan Matematik. Setiap hari saya berdoa supaya layak dipilih. Sebelum tu, untuk masuk IPG ni bukannya isi borang terus dapat tau. Kita akan menjalani 2 tahap pemilihan iaitu UKCG ujian bertulis/ ujian kecergasan fizikal (pada hari sama) dan yang kedua ialah Temuduga. 

Hari yang dinantikan selama ni dahh tibaa... iaitu semakan calon yg layak ke uUKCG!!! Dalam hati mmg harapp sgt dpt ke UKCG tu.
Dalam paparan laman rasmi KPM mengatakan 12pm dah bole semak. Saya pon semak la dengan perasaan yang berdebarr. Selepas disemakkk..... Ohhhhhh Tidak!

 " dukacita dimaklumkan permohonan anda tidak berjaya"

Masa tu, mata saya terpukau je depan laptop tu. Hati memang sedeyyyy sebab tak percaya. Lepastu, saya suruh la kawan² semak juga... Selepas mereka semak pon sama tak layak jugaaa... Kami mulalahh rasa sedey tapi cuba tunjukkan mcm tiada aoa-apa berlaku. Muka mcm happy je padahall dlm hati ni... Huhuhuahuahauhuahuaaaaa.

Yang kami tau, ini takda rezeki mungkin rezeki di tempat lain.
Haaaaaaa sekarangg ni, part suspennnn dengarrr ni jangan tutup blog ni tungguu dengarr dulu hahahaha.

Malam tu, saya buka sekali lagi laman tu dan semak huhu benda yg sama juga tak layak. Hmmm. Sebab dah redha saya pi la tonton TV. Tengah layan TV, tiba² kawan saya Azzahra tergerak hati malam tu dlm pukul 10pm utk buka laman KPM dan buat semakan skali lagi... Subhanaallah.... Alhamdulillah..... kwn saya dpt kemudian terus dia hubungi saya... Saya turut gembira ada juga seorang sahabat saya yg dpt sekurangnya terubatlah hati ni. Zara berkata pada saya bahawa laman yang kami semak tu salah. Itu merupakan calon UE/SMA rupanya kami silap laman ya rabbi.

Dalam telefonn tu jugak saya bagi No.Kp saya dan katalaluan kepada Azzahra utk semak. Alangkah gembiraannnyaaaa, SAYA LAYAK!!!

" Tahniah anda layak utk menduduki UKCG pada 11/4 di IPG Kampus Bahasa Melayu" 

Syukurrrr... happyyy sangat.  Haih pengakhiran yg gembira. Lepastu, saya terus hubungi kawan saya Annisha...  Dia pon semak dan dpt jugak.
Kami dapat tarikh dan tempat UKCG yg berbeza .
Selepas dapat tahuu je, esok pagi jugak terus pi joging dan senaman di Taman Botani Kepong. Semangat kannn. Ni smua persediaan sebelum ke UKCG.
Kaki semua trasa sakitt sangat almaklumlah lama tak bersenam...
Itulahh cerita permulaannnya, utk Pengalaman UKCG tunggu posting berikutnya ya. Hihi ok

"Selagi kita masih punya tekad yg tersemai tiada kata terlambat utk mmulakan sesuatu yg baru

Jadi, caiyokk usaha terus smg UKCG nnt dpt buat terrrbaikk insyaaallah.

Thursday, October 8, 2015

PIDATO PIALA DIRAJA KALI KE 31 PERINGKAT KEBANGSAAN

Assalamualaikum...
pengalaman yang cukup bermakna dapat menyertai pertandingan pidato piala diraja kali ke -31 2015 untuk tahun terakhir ni...alhmdulillah segala ilmu dan pengalaman yang dipelajari melalui guru dan sahabat2 sangat berharga....saya tak kan lupakan penglaman ni

Perjuangan dalam dunia seni berpidato ni saya ceburi sejak sekolah rendah lagi apabila saya diajar oleh cikgu normilah dan ayah yang sangat membantu saya utk berpidato ni.tapi semasa di sek rendah saya berjaya di peringkat zon dan apabila ke peringkat daerah saya tumpas...

Namun, segala usaha dan pengalamn yang dicari akhirnya dengan ketentuan allah saya dapat mewakili Negeri Selangor utk pertandingan pidato piala diraja peringkat kebangsaan kategori sekolah menengah yang bertempat di hotel empress sepang dan IPG lembah pantai kl..walaupun matlamat asal perjuangan dalam pertandingan ni hanya untuk belajar mencari  pengalaman ,namun rezeki allah beri sehingga ke peringkat kebangsaan..

Syukur alhamdulillah, walupun di peringkat kebangsaan ni saya tewas dengan mendapat tempat keenam ,tapi saya sungguh gembira kerana dapat bersama sahabat yg hebat serta berbakat  untuk mengambil contoh.
Pertandingan kali ni berlangsung selama 4 hari bermula 5oktober sehingga 8 oktober di Hotel Empress Sepang (tempat penginapan dan pertandingan peringkat separuh akhir) dan Dewan Utama Aminuddin Baki IPG Kampus BM (raptai dan pertandingan akhir/penyampaian hadiah) .pertandingan ini  melibatkan 32 peserta bagi seluruh negeri dalam malaysia dan terbahagi kepada 2 kategori iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah..

        Sesi taklimat untuk peserta dan guru pengiring:(8.30 malam)

pertandingan separuh akhir  :(6oktober 2015 jam 9pagi)


peserta pertandingan pidato

Sokongan sahabat amat berharga untuk saya terus lakukan terbaik

Pasukan dari smk taman ehsan daerah gombak negeri selangor.

selfie dengan sahabat dari putrajaya "QAREENA" 

Penyampaian hadiah saguhati kepada para peserta namun bagi mereka yang berjaya mendapat tempat ke 1-3 akan melayakkan diri ke pertandingan akhir (8oktober)

                                     dewan utama aminuddin baki di ipg                                                          
bergambar di pentas akhir...

keputusan pertandingan kategori sekolah menengah:
1)w.p kl 2)perak 3)w.p labuan 4)sarawak 5)n.sembilan 6)selangor 7)melaka 8)pahang 9)johor 10)sabah 11)kelantan 12)w.p putrajaya 13)kedah 14)terengganu 15)perlis 16)pulau pinang

Lega sangat bila keputusan dah diumumkann...walaupun tewas dengan mendapat tempat keenam saya bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk berpidato di peringkat ni...
Saat paling seronok sekali apabila peserta pertandingan pidato sertai lawatan di IOI Mall city..kitorang berjalan dalam tu bersama peserta putrajaya jadi seronoklah sebab ada yang tunjukkan tempat2 menarik dalam tu pastu kami beli dip n dip hihi..
apapun pidato piala diraja  tahun 2015 is awesome !!!!!!
pengalaman cukup manis semoga banyak ilmu yang dapat kita pelajari bersama insyaallah..
wasalam

Saturday, August 29, 2015

Karnival Hari Puteri Peringkat Negeri Selangor 2015


Karnival Hari Puteri Peringkat Negeri Selangor 2015

Pada 22 ogos 2015 jam 8.30pagi sehingga 3 petang karnival hari puteri telah berlangsung di SMK Sungai Choh. Alhamdulillah semua aktiviti berjalan lancar...tahun ni smkte berjaya untuk join 3 acara  yang dipertandingkan iaitu
1)Pertandingan Multimedia
2)Pertandingan Buku Log
3)Pertandingan Masakan Roti jala dan kari

Syukur kami berjaya buat yang terbaik.tahniah sahabatku







Kenangan  dan memori yang tak dapat dilupakan....semoga puteri islam smktaman ehsan terus maju ...
insyaallah

Sudut Nilam Bawah Tangga SMK Taman Ehsan

Alhamdulillah setelah sekian lama bercadang untuk mengadakan sudut nilam di bawah tangga akhirnya berjaya berkat kesungguhan guru2 perpustakaan smkte dan pengawas pss.tahniah kalian


pameran serangga pada sudut nilam di bawah tangga blok D

LOKASI Bawah tangga dipenuhi dengan ilmu untuk dipelajari

khutub khannnah kejayaan nama untuk sudut ni!!!
sudut bacaan IDIOMS

I-THINK MAP 

Membaca jambatan ilmu jadi bacalah untuk sematkan ilmu di dada agar kita menjadi insan yang berilmu dan bertamadun!

Thursday, August 20, 2015

Karnival Hari Puteri: PPIM Daerah Gombak 2015


Pada 12 ogos 2015 jam 8.30pagi sehingga 2 petang karnival hari puteri telah berlangsung di SK KLANG GATE. Alhamdulillah semua aktiviti berjalan lancar...tahun ni SMKTE mennyertai 4 acara daripada 6 acara yang dipertandingkan iaitu

1)Pertandingan Multimedia
2)Pertandingan Buku Log
3)Pertandingan Masakan Roti jala dan kari
4) Tilawah AlQuran

Program sebegini sangat memberi kesan positif bagi pelajar yang menyertainya kerana bukan sahaja menambahkan kenalan baru malah menambahkan smgt kerjasama,berdaya saing dan berusaha utk berjya.
Syukur tahun ni SMKTE merangkul kejuaraan bagi acara masakan dan buku log serta tempat ketiga dalam acara multimedia...
22 ogos 2015 kami akn mewakili ke peringkat negeri di SK SG.CHOH  bagi acara yg telah pun layak ke peringkat seterusnya....

syukur alhamdulillah

pasukan SMKTE bersama ustazah(guru pengiring)

pasukan pihak lawan yang mendapat tmpt top 5 dlm pert.yg dipertndingkan


pasukan pihak lawan yang mendapat tmpt top 5 dlm pert.yg dipertndingkan

Skrin

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 😄 latihan: https://play.blooket.com/play?id=118886 https://youtu.be/qa4Tx7kdsD0?si=VKj1eozuSJ7LZ05R ht...