Followers

Wednesday, July 8, 2020

Fail Portfolio Praktikum

Hari ini saya kongsikan pula pengurusan fail praktikum secara terperinci. Fail praktikum ni macam buku rekod mengajar yang cikgu guna kat sekolah tu. Cuma, sekarang untuk praktikum zaman saya dah mula  guna fail. Nak tulis RPH pun hanya bertaip sahaja. Jadi, semuanya mudah dan lebih jimat masa.

Saya menyediakan 4 Fail Praktikum. Setiap fail yang dipilih adalah berukuran 65mm, kiranya file 65mm ni jenis yang paling tebal sekali. Mula-mula, saya beli fail 50mm je. Tapi, bila dah masuk minggu ke 9 praktikum tu fail dah tak muat. 

Saya tak suka buat fail jadi berjilid-jilid. Jadi, saya beli terus yang besar 65mm tu muatkan satu fail terus.

Untuk Cover Fail dan Tulang Fail Praktikum perlu dibuat sendiri ya... Kalian boleh cari di Template Cover Fail Praktikum ada banyak contoh dan grafik cover fail yang menarik.

Perkara yang perlu ada di Tulang Fail dan Cover Fail adalah:
  • Nama Guru Pelatih
  • Program
  • Bidang Teras
  • Bidang Elektif
  • Nama Sekolah
  • Praktikum Fasa berapa?
Di bawah ni adalah contoh tulang fail praktikum:


 Tulang fail ni, saya buat di Powerpoint sahaja. Buat ukuran ikut kesesuaian saiz fail anda.

Baiklah, untuk entri kali ini, saya kongsikan terlebih dahulu pengurusan Fail Prortfolio Praktikum 


Fail Prortfolio Praktikum 
  • Fail ini boleh disiapkan awal-awal. Perkara yang perlu ada dalam fail ini adalah seperti berikut:
Isi Kandungan Fail Portfolio Praktikum
(p/s: masing-masing ada cara tersendiri dalam penyediaan fail praktikum, saya sekadar kongsikan cara yang saya ikut berdasarkan kehendak pensyarah pembimbing)

Sebelum nak masuk Bahagian A berdasarkan isi kandungan di atas tu.... saya masukkan Borang Pemantauan Kekerapan Penyeliaan Praktikum nanti rujuk Lampiran 2-7 yang pensyarah praktikum bagi tu. 

Borang ini penting ditandatangan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing kita pada setiap kali dia semak dan pantau PdP kita dalam kelas. Ini penting sebagai rekod penyeliaan.
Begini contohnya: 
Borang Pemantauan Kekerapan Penyeliaan Praktikum

Bahagian A: MAKLUMAT DIRI. 

Pada bahagian ini saya masukkan Biodata Diri, Surat Pengenalan Diri yang IPG berikan dan Pernyataan Profesional.
Contoh Biodata Diri Saya.
Surat Pengenalan Diri/Surat Penempatan Praktikum

Untuk Penyataan Profesional (PP) tu sama ja macam kita buat masa PBS dulu. Cuma ni dalam PP ni dia nak kita tulis PP sebelum praktikum. Apa persediaan dan tindakan kita. 

Saya buat ringkas dalam 2 halaman sahaja. Jadi tulis ja siap2 tak perlu tangguh-tangguh lagi.
Satu lagi, setiap pembahagian ni memang saya sediakan pembahagian ya. 

Dan mungkin ramai bertanya kertas yang dimasukkan dalam fail ni maca mana? 

Ingat! kalian kena beli plastik jernih fail tu. Masukkan kertas-kertas tu dalam plastik tu depan belakang terus supaya lebih jimat dan muat ruang. 

Faham tak? haha maaf kalau ayat saya terlalu meleret.




Bahagian B: MAKLUMAT SEKOLAH. 


bahagian ini, kalian perlu masukkan peta lokasi, pelan sekolah dan pelan bilik darjah. Carta organisasi sekolah, visi dan misi sekolah, takwim sekolah, senarai nama staf akademik dan sokongan serta peraturan-peraturan sekolah. 

Bagaimana nak dapatkan semua maklumat ini?

Sampai ja hari pertama di sekolah tu... kalian jumpa la dengan PK Koko atau Penolong kanan 1 untuk dapatkan satu buku yang memang setiap tahun dikemas kini oleh pihak sekolah. Dalam tu ada semua maklumat sekolah yang kita perlukan. Dah dapat tu... pergilah fotostat dan masukkan dalam fail kita. 



Bahagian C: MAKLUMAT TUGAS


Bahagian ini adalah ruangan palinggggg penting sebab di sinilah tempat kita simpan segala borang-borang salinan bimbingan praktikum, borang kehadiran praktikum, rekod pengajaran berpasangan dan surat-surat lantikan tugas di sekolah sepanjang 3 bulan tu. 

  • Borang PR1/PR2 ni termasuk borang lawatan sosial, borang bimbingan praktikum elektif teras dan bidang teras, borang sesi kolaboratif, dan borang penilaian praktikum PISMP bidang teras/elektif teras.
  • Surat lantikan di sekolah ni sebagai contoh korang jadi AJK Pengacara Majlis masa sambutan hari guru... haa jadi masukkan bukti nama korang dalam buku program ka, atau PK Kokurikulum keluarkan surat lantikan khas melantik korang sebagai fasilitator kem perkhemahan... haaa masukkan ja surat-surat tu pada bahagian C ni.
  • Borang kehadiran pula ada 2 versi. 
Ingat, borang kehadiran ni kena buat beberapa salinan sebab nanti kena hantar ke unit praktikum juga.
Satu lagi, sekiranya kalian tak datang praktikum disebabkan sakit.... maka kepilkan bersama bukti 'mc' di borang kehadiran ni. 


Kemudian kalau la kalian ni aktif ada pi wakil IPG dalam pertandingan ka.... kalian kena isi borang pengecualian praktikum dan perlu dapatkan persetujuan Guru Besar lalu kemukakan surat tu ke unit praktikum untuk dapatkan kelulusan HEP dan Pengarah. Banyak kan prosedur kalau nak skip praktikum ni hehe. 

Contoh Borang Pengecualian Praktikum (untuk menyertai pertandingan atau urusan rasmi luar)

Okay, untuk borang kehadiran ni, korang isi secara individu sahaja. Nanti untuk versi borang rumusan kehadiran barulah masukkan nama semua ahli praktikum yang sekali dengan kita tu. 

Contohnya begini:
  • Borang Kehadiran Praktikum (individu) diisi setiap hari dan sehelai borang mewakili sebulan

    Borang Rumusan Kehadiran Praktikum ni mewakili 3 bulan di sekolah dan diisi berkumpulan. Pastikan setiap seorang ada simpanan borang ini.
  • Rekod Pengajaran Berpasangan:
Untuk pengetahuan kalian, 
Pengajaran berpasangan ni melibatkan dua orang pelajar bekerjasama merancang PdP, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian pelajaran semasa amalan profesional.

Pengajaran berpasangan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap fasa praktikum

Haa... kita juga perlu diselia oleh rakan praktikum kita semasa mengajar hehe. Kita juga perlu selia kawan kita mengajar. Ini sebagai latih tubi la juga saling tegur-menegur apa yang perlu masing-masing perbaiki. Ini contoh borang Rekod Pengajaran Berpasangan:
Rekod Pengajaran Berpasangan. (Salinan disimpan dalam portfolio kedua-dua pasangan pelajar)
Kemudian, masukkan juga bukti RPH untuk Rekod Pengajaran Berpasangan. Haa... gambar di bawah ni Pengajaran berpasangan saya dengan cikgu Chai di kelas 5 Bestari.



Bahagian D: MAKLUMAT KOKURIKULUM

Bahagian ini, saya masukkan:
  • Carta organisasi kelab, unit beruniform dan sukan permainan
  • Perancangan aktiviti kelab, unit beruniform dan sukan permainan
  • Kehadiran kelab, unit beruniform dan sukan permainan
  • Pentaksiran murid dalam setiap aktiviti kelab, unit beruniform dan sukan permainan
Contoh pentaksiran
  • RPH Koko (Rancangan Aktiviti kokurikulum) untuk Kelab, UB, Sukan permainan.
  • Laporan Aktiviti Kokurikulum (Kelab, UB, Sukan permainan)


  • Rancangan Projek (ni masukkan kertas cadangan projek: macam saya dan rakan praktikum buat hiasan perpustakaan sekolah, pameran seni dan banner selamat datang ke sekolah)
  • Laporan Projek: (laporan kepada projek kertas cadangan tadi)



Bahagian E: JURNAL


  • Format dan contoh penulisan jurnal.
boleh dapatkan di laman my poroms


  • Penulisan jurnal mingguan
Kalian isi jurnal tu di laman my poroms lepastu download dan print. Masukkan dalam fail bahagian ini.

 
  • Catatan Kemajuan Tindakan Susulan
Bila kita tulis jurnal, pasti ada isu yang kita bincangkan. Dalam jurnal tu juga ada ruangan tindakan susulan. Jadi tindakan susulan tu kita maklumkan dalam catatan kemajuan ni. Sama ada isu dalam jurnal tu dapat diselesaikan ataupun tidak.



Bahagian F: LAIN-LAIN


  • Maklumat Inovasi PdP
Bahagian ini, masukkan satu inovasi yang anda dah jalankan di sekolah. Masukkan kertas cadangan inovasi di sini.
  • Lampiran Slip Guru Ganti
Masukkan slip ganti sebagai bukti.

  • Refleksi Pertengahan Tahun
Yang ini memang kita perlu buat pembentangan pada pertengahan praktikum. Bentang di IPG depan pensyarah praktikum. Ini juga ada markah tau. Masukkan slide pembentangan tu dalam bahagian ini.


Itu sahaja kandungan yang saya muatkan dalam portfolio praktikum saya. Selebihnya yang melibatkan RPH, BBM, DSKP semua tu saya masukkan dalam fail RPH mengikut bidang teras dan elektif teras. Nanti saya kongsikan pula pengurusan fail RPH. Sekian, semoga bermanfaat.


PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...