PRAKTIKUM FASA 1
SK Desa Aman menjadi pilihan kami
menjadi guru praktikal buat pertama kali di sekolah. Di IPG Kampus BM, kami
diberi peluang untuk memilih sekolah yang menjadi pilihan masing-masing. Tapi, semestinya perlu cepat untuk mendaftarkan nama di unit praktikum. Jika lambat,
sekolah yang terkenal dan pernah dikunjungi senior tu pasti menjadi rebutan
ramai.
Saya dan rakan praktikum dah buat senarai 5-8 buah sekolah yang kami tinjau
dan sememangnya bagus.
Tapi, semasa hendak mendaftarkan nama sekolah di unit
praktikum, semua senarai sekolah yang kami senaraikan tu dah diambil orang.
Dalam kelam kabut itu juga, kami mulalah menghubungi senior2 untuk mencari
sekolah yang baik… Bila dah buntu sangat tu, saya pun cadang kepada kawan praktikum untuk pilih sahaja SK Desa Aman Puri yang berdekatan dengan rumah saya.
Tetapi, sekolah ini jauh dari IPGKBM iaitu lebih kurang 20km. Disebabkan malas memikirkan sekolah lain, mereka pun bersetuju. Maka jadilah SK Desa Aman Puri sebagai pilihan sekolah kami.
Sememangnya, pilihan sekolah ini tidaklah menjadi kegusaran saya kerana sekolah
ini juga merupakan sekolah yang berdekatan kawasan rumah saya dan komunitinya
tidaklah terlalu kaya dan sederhana sahaja. Jadi sasaran murid dan golongan ibu
bapanya lebih mudah untuk diuruskan.
Cuma kesukaran kami adalah jarak yang sedikit
jauh berbanding sekolah-sekolah pilihan kawan lain yang hanya 6-10km dari IPGKBM. Disebabkan jarak yang sedikit jauh, kami perlu bergerak awal pagi dan perlu berkorban sedikit wang
untuk tambang minyak dan tol pergi dan pulang dari sekolah itu.
Walaubagaimanapun, sepanjang 3 bulan di sekolah ini memberikan kepuasan berganda buat kami kerana komuniti guru di sekolah tersebut amatlah baik dan sentiasa menyokong kami pada setiap kali penilaian praktikum dijalankan.
Pilihan sekolah sememangnya paling penting
untuk kita buat persediaan sebaiknya.
Praktikum mate saya... (Chai, Angeline, Ting, Lyana) |
Setibanya hari melaporkan diri sebagai guru praktikal, kami disambut baik oleh penolong kanan 1 yang sangat mesra, Pn Norhanida yang juga merupakan Alumni IPGKBM. Jadi selok-belok cara IPGKBM ini sudah difahami
beliau.
Guru Besar SKDA ini pula, sangatlah baik dan santai. Kami tak pernah diberikan tugasan tambahan oleh pihak sekolah. Mereka sangat memahami. Nasihat yang diberi
Warga guru di SKDA pula, tidaklah ramai hanya 20 -25 orang sahaja. Jadi, semuanya memang rapat dan mesra dengan kami. Budaya mesra itu membuatkan kami rasa seronok dan selesa apabila berada di SKDA.
Bilangan murid SKDA ini pula dalam lingkungan 400 pelajar dan semuanya di bawah satu sesi persekolahan. Bagi setiap tahun ada 2 kelas sahaja. Muridnya juga sangat menghormati guru dan mudah mendengar tunjuk ajar guru. Jadi, untuk guru pelatih di sekitar zon tengah bolehlah pilih SK Desa Aman Puri ini sebagai sekolah pilihan berpraktikum, dijamin takkan menyesal.
Guru pembimbing kami juga sangat membantu dan hebat-hebat belaka. Setiap kali sebelum penilaian oleh pensyarah, kami akan brainstorm dulu aktiviti yang nak dibuat tu dengan PK 1 dan guru pembimbing. Pelbagai idea kami dapat untuk menghasilkan PdP yang baik. Apapun, sepanjang di sekolah pergilah menuntut ilmu dengan guru lama di situ. Banyak ilmu yang boleh kita timba daripada mereka.
Guru Besar SKDA ini pula, sangatlah baik dan santai. Kami tak pernah diberikan tugasan tambahan oleh pihak sekolah. Mereka sangat memahami. Nasihat yang diberi
"fokuslah untuk penilaian praktikum
kamu tu dan timba sebanyak pengalaman yang boleh."
Warga guru di SKDA pula, tidaklah ramai hanya 20 -25 orang sahaja. Jadi, semuanya memang rapat dan mesra dengan kami. Budaya mesra itu membuatkan kami rasa seronok dan selesa apabila berada di SKDA.
Bilangan murid SKDA ini pula dalam lingkungan 400 pelajar dan semuanya di bawah satu sesi persekolahan. Bagi setiap tahun ada 2 kelas sahaja. Muridnya juga sangat menghormati guru dan mudah mendengar tunjuk ajar guru. Jadi, untuk guru pelatih di sekitar zon tengah bolehlah pilih SK Desa Aman Puri ini sebagai sekolah pilihan berpraktikum, dijamin takkan menyesal.
Guru pembimbing kami juga sangat membantu dan hebat-hebat belaka. Setiap kali sebelum penilaian oleh pensyarah, kami akan brainstorm dulu aktiviti yang nak dibuat tu dengan PK 1 dan guru pembimbing. Pelbagai idea kami dapat untuk menghasilkan PdP yang baik. Apapun, sepanjang di sekolah pergilah menuntut ilmu dengan guru lama di situ. Banyak ilmu yang boleh kita timba daripada mereka.
Pemilihan
rakan praktikum pula dipilih atas dasar berpasangan daripada kelas minor
masing-masing. Ting mengajak saya untuk berpraktikum sekali dengannya. Jadi, saya pun terima. Syarat bilangan guru pelatih untuk berada di setiap sekolah hanyalah 4
orang. Maka, Ting dan saya bergabung dengan Angeline dan Chai yang merupakan
minor seni. Jadi kumpulan praktikum kami ada 3 perempuan dan seorang lelaki.
Jadi memang Chai yang dibuli menjadi pemandu kereta kami untuk ke sekolah hehe.
Chai sabar je dengan karenah kami yang perempuan ni kan.
Apapun, kami sangat mesra dan banyak ilmu yang kami kongsikan bersama juga. Saya kagum sangat dengan usaha dan semangat rakan praktikum saya. 3 bulan berpraktikum ini ada pelbagai kisah yang tak dapat dicatat kisahnya satu persatu.
Sehinggakan di akhir praktikum tu kami berempat semua sedih dan menangis nak tinggalkan sekolah.
Praktikum selama 3 bulan ni mengajar 1001 perkara yang tidak kami pelajari secara teori pada semester sebelumnya.
Benarlah, belajar melalui pengalaman itu adalah guru sebenar.