Followers

Wednesday, July 3, 2019

Peranan Guru dalam Pembelajaran Berasaskan Projek


Persediaan Dan Peranan Guru

Guru BM hendaklah faham akan peranannya sebagai pemacu dan pembimbing pelaksanaan projek ini. Antara yang penting termasuklah:

i. Guru bertindak sebagai pemudah cara. Oleh sebab pelajar diberi peluang belajar secara berautonomi, maka guru tidak perlu mengajar. Guru perlu bertindak sebagai memudah cara pembelajaran dengan merangka kandungan projek serta menyediakan infrastruktur projek.

 ii. Mengenal pasti alat-alat pemikiran yang relevan untuk memungkinkan pelajar membentuk dan mengemukakan soalan untuk memungut data, maklumat dan ilmu pengetahuan (DMI) dalam proses pelaksanaan projek.

iii. Menstrukturkan projek yang bermakna: sesuai dengan kandungan kurikulum, merentasi pelbagai jenis ilmu bahasa, dalam lingkar piawai yang dinilai dalam peperiksaan awam.

iv. Bekerjasama dengan para pelajar untuk menjana soalan yang berupaya membantu pelajar memperoleh dan mengumpul DMI.

v. Membimbing pelajar menyiapkan laporan projek secara berstruktur. 

Guru hendaklah sentiasa ingat, pengujan dan peperiksaan yang dilalui oleh pelajar mereka sama ada UPSR, PT3 dan SPM tidak bermakna bahawa sistem pendidikan kita berorientasikan peperiksaan. Yang ghairah mengorientasikan pelajar untuk tujuan peperiksaan sehingga tampak ketara seolah- olah keseluruhan pendidikan itu adalah tentang peperiksaan ialah guru sendiri.

Semua guru hendaklah maklum bahawa pengujian dan peperiksaan ialah satu mekanisme pengukuran tahap pemerolehan ilmu pelajar yang Sudah melalui proses pembelajaran. pengujian dan peperiksaan bukan orientasi pendidikan negara. Pengujian dan peperiksaan cuma mengukur tahap dan upaya fikir pelajar setelah memperoleh ilmu yang diajarkan oleh guru dan dipelajari oleh pelajar.

Guru juga hendaklah peka tentang penguasaan ilmu murid yang semestinya:

i. Diperoleh: data, maklumat dan ilmu pengetahuan (DMI) diperoleh melalui deria pandang, dengar dan sentuh (dengan emosi), hidu dan rasa (lidah) namun untuk iimu pengetahuan di dalam bilik darjah, kebanyakannya diperoleh melalui deria visual dan dengar.

ii. Dihantar ke sistem kognitif: DMI yang diperoleh oleh deria yang 'menangkap'nya itu akan menghantarnya ke sistem kognitif untuk difahami. Penghantaran DMI ini adalah dalam bentuk isyarat kimia atau isyarat elektrik melalui neuron dalam sistem tubuh badan kita.

iii. Difahami: DMI yang diterima tadi hendaklah difahami untuk dikuasai. Sistem kognitif akan mengetengahkan mana-mana DMI yang tidak difahaminya, sama seperti komputer yang auto delete maklumat yang tidak disimpan.

iv. Digunakan dan diamalkan: DMI yang diperoleh dan difahami itu hendaklah digunakan (dan penggunaan inilah yang dimanifestasikan dalam projek yang dilaksanakan dan disiapkan oleh pelajar)

v. Dikongsi: perkongsian DMl dalam konteks ini hendaklah difahami sebagai menjawab soclan ketika berkomunikasi, menyatakan pendapat dalam kaedah kolaboratif dan koperatif ketika menyiapkan projek, mencari DMI yang berkaitan dengan DMI yang dikuasai.

RUJUKAN:
Jais Sahok. (2015). Pembelajaran Bahasa Melayu Berasaskan Projek. Pelita Bahasa, 9. 36-39.

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...