Followers

Monday, December 17, 2018

PISMP- Subjek Semester 2 Major BM, Minor PJ


Assalamualaikum... Hai

Harini saya nak kongsikan subjek-subjek yang akan dipelajari dalam PISMP Semester 2. Dalam banyak2 sem setakat ni, semester 2 adalah paling banyak subjeknya. Susah? saya rasa sem 1 lagi susah. 

Sem 2 ni bila banyak subjek dia jadi, mudah nak skor. 

  


Baiklah, sem 2 ni syok sebab ada aktiviti Kokurikulum Permainan (MPU3041). Korang akan dinilai secara amali untuk dapat markah tu. Apa je permainan yang diajar? 

Macam batch kami, permainan yang akan dinilai amali (50 markah) adalah:

1. Bola Sepak
2. Bola Keranjang
3. Bola Jaring
4. Bola Tampar
5. Hoki

lagi 50 markah tu kena jalankan RPH permainan kecil 
(20 buat assignment RPH tu, lagi 30 dia lihat cara kita conduct aktvt dalam kelas tu)- Ni pun susah nak skor actually.

Untuk mereka yang tidak gemar sukan2 ni, agak gentar sikit la bila nak skor tu. Tapi jangan risau, subjek permainan tu hanyalah 1 jam kredit.... Setiap permainan tu, akan ada amali 10 skor untuk setiap permainan. Maknanya jumlah 50 markah hanyalah didapati daripada amali kita. 

Ini skor2 yang saya dapat masa amali permainan dulu

1. Bola Sepak- 6markah
2. Bola Keranjang- 8 markah
3. Bola Jaring- 8 markah
4. Bola Tampar-10markah
5. Hoki- 0 markah (kosonggggg) waktu ni memang sedih sangat2. Tapi memang patutla, sebab saya memang tak pandai nk main hoki.

Nampak tak macam mana nak skor tu, saya memang hampa la juga dapat 0 masa hoki tu. 

At last, bila result keluar, subjek permainan memang dapat B- je. 

Tapi, alhamdulillah, skor tu tak menjejaskan sangat pointer kerana hanyalah 1 jam kredit. 

Jadi jangan khuatir sangat, yang penting usaha n banyakkan latihan sebelum amali dijalankan.

Bagi subjek MPU3052 Tamadun Islam dan Tamadun Asia, markah akan diperoleh melalui penulisan esei tugasan dan kuiz, takda final exam pun. Subjek ni enjoy je tak stres pun. Sangat mudah nak skor. 

Tugasan subjek ni selalunya memerlukan kita untuk pergi lawatan ke mana2 tempat bg  mendapatkan maklumat dan gambar2 bukti bahawa kita dah jalankan kajian tu. 

Batch saya, kami perlu mengkaji budaya/adat masyarakat baba nyonya. Jadi, nak dapatkan maklumat tu, kami pun pergilah ke Melaka bandar bersejarah untuk ke muzium baba nyonya di sana. Masa ni lah kami manfaatkan masa nak jalan2 dengan kawan2 sambil siapkan assignment tu. Apapun subjek ni senang nak skor.

Bagi subjek major (Bahasa Melayu) Seni dlm Pendidikan(SDP) paling relaks berbanding subjek Kajian kurikulum BM ( KKK) dan Kesusasteraan Melayu(KSM). 

Kalau subjek KSM ni, kita kena banyak membaca. Nak beli buku? tak perlu... pi baca buku2 sastera dekat perpustakaan tu... ada banyak. Bila ada assignment selalunya kita kena ulas atau cari pendekatan sastera yang ada dalam satu2 cerpen, novel atau puisi. 

Jadi, pastikan sebelu start assignment tu... korang dah baca at least satu novel sastera A.samad Said ka... Puisi Usman Awang ka... atau Cerpen Keris Mas ka... ni contoh sahaja. 

Bila korang dah ada satu buku yang korang dah betul2 kuasai dan faham maka mudahlah bila nak buat assignment tu. Kalau subjek (KKK) pula, kena banyakkan penguasaan DSKP Tahap 1 dan Tahap 2. 

Nak beli buku? Tak perlu.... korang download je DSKP KSSR Bahasa Melayu Tahap 1, DSKP KSSR BM Tahun 4,5,6 (pdf). 

Kemudian, korang print jadikan buku kecil supaya mudah untuk rujuk nanti. Subjek major ni, semua ada final exam. Jadi, kena banyak membaca la ye.

Kalau subjek EDUP 3033 Murid dan Pembelajaran, kena belilah buku. Sebab banyak teori2 yang perlu korang fahamkan dan hadam sebaik mungkin. 

Subjek ni pun ada final exam. Yang penting pastikan anda skor betul2 untuk subjek ni. Sebab kredit besar kan...

Untuk subjek minor PJ pula, pastikan subjek Anatomi dan Fisiologi tu.... korang baca baik2. Subjek ni ramai tak dapat skor sebab soalan exam dia mmg fakta 100% haha... jadi kalau x membaca alamatnya memang tak dapat nak goreng. Jadi pastikan anda baca buku biologi form4/5 tu.... sangat2 membantu. soalan pun lebih kurang maacam SPM Biologi. 
Untuk subjek elektif Permainan Bola Sepak, Bola Baling dan Bola Jaring ianya agak mudah berbanding semester 1. 

Bila dengar bola sepak je..... arggghh untuk perempuan rasa macam susah je kan... saya n kawan2 perempuan kelas, siap beli kasut bola lagi tau RM60 gitu. 

Semangat nak belajar bola sepak hehe.

 Senang ja, tapiiii kena banyak latihan la.

 Rajin2 la turun padang waktu petang untuk berlatih. 

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Semoga bermanfaat.


IPG PBS- Pengalaman Berasaskan Sekolah (1)

Assalamualaikum... Hai,

Perkongsian semasa PBS (1)

PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) merupakan Program yang akan beri peluang kepada pelajar PISMP Semester 2 melihat dan mengenali suasana sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah. PBS ini akan dijalankan selama seminggu (5 hari persekolahan) dan dijalankan sebanyak tiga kali. 

PBS 1 semasa di semester 2. 

PBS 2 semasa di semester 3. 

PBS 3 semasa di semester 4. 

Al-maklumlah, semester 5 nanti kena jalankan Praktikum. 

Jadi, PBS ini adalah landasan awal untuk kita melihat suasana sekolah sebagai guru pelatih.

Semester 2 adalah pertama kali PBS dijalankan. Bila tahu kena jalankan PBS je, semua pakat cari geng kawan2 sekelas untuk jalankan bersama. Ada yang jalankan PBS di sekolah lama. Ada juga yang jalankan PBS di sekolah yang berdekatan dengan rumah. Apapun, untuk PBS yang pertama, lebih baik kalian pilih sekolah lama korang. Kalau nak cuba sekolah baru, saya sarankan cari kawan untuk buat sekali. Jangan buat sorang-sorang, nanti rasa macam ‘awkward’ sebab takda kawan nak sembang. Lepastu rasa malu-malu pun ada. Tapi ok ja kalau rasa nak sahut cabaran, cubalah. 

Macam saya, PBS 1 saya buat sorang2 je di sekolah lama saya. Jadi takdalah rasa segan sangat sebab kita kenal cikgu2 lama kita tu. Boleh la nak bersembang2 kan. PBS Ke-2 barulah saya buat PBS bersama rakan-rakan. Bila buat dengan kawan2 ni seronok dia sebab boleh bersembang, dapat buat assignment sama2 dapat pergi rehat sama2, Jadi fikir-fikirkan lah…

Kalau nak pengalaman yang lebih luas, jalankanlah PBS di sekolah harian biasa, sekolah berprestasi tinggi, dan sekolah kluster supaya kita dapat bandingkan budaya sekolah dan cara pengurusan sekolah yang berbeza. Saya jalankan PBS 1 di sekolah biasa (sekolah lama…), PBS 2 di sekolah berprestasi tinggi (SK Sri Petaling) dekat je dari IPGKBM. PBS 3 ni masih memikirkan…. hehe…

Baiklah, semasa PBS satu je nak pesan, ambillah pengalaman sebanyak mungkin. Jalankan pemerhatian dengan baik. (ayat budak skema sebab org kata PBS ni la masa nak enjoy daripada segala keserabutan assignment dkt IPG tu). Memang betul PBS ni memang seronok. Apabila ada budak yang panggil kita ‘Cikgu’ Huish rasa seronok gitu….

Sekarang nak kongsikan apa yang saya buat semasa PBS 1:
-   Pertama sekali, bila sampai je sekolah tu pergilah ke pejabat. Pukul 7pagi tu sebelum perhimpunan pagi dijalankan, kalian pergilah jumpa kerani. 
     Cakaplah, saya guru pelatih dari IPG… Nak jalankan PBS a.k.a ROS(panggilan org dulu2). Tunjuk surat akuan yang kita nak jalankan PBS tu. 
  Selalunya, pihak sekolah dah dapat maklum awal daripada pihak IPG. Tetapi melalui pengalaman saya, sekolah yang saya nak pergi tu, tak dapat makluman apa-apa pun mengenai saya nak datang PBS kat sekolah tu… Sedih kan… Macam tetamu tak diundang haha… Tapi takpa, kita pergilah jumpa dan terangkanlah kepada Penolong kanan sekolah tu atau Guru Besar tu, tunjuk surat PBS tu, mereka akan faham.

-      Lepas dah jumpa tu, korang kenalah isi kehadiran dalam buku yg pihak sekolah tu bagi. Tulis nama tu hanyalah sebagai bukti yang kalian ni hadir bila ke sekolah, pukul berapa, macam tu la. Jadi, nanti bila esok-esok hari tu, pagi2 datang sekolah, pergilah ke pejabat. Tulis nama & masa korang lapor diri  dan bila nak balik pun kena tulis juga waktu pulang jam berapa.( Bergantung ikut cara sekolah masing2).

Bila dah lapor diri tu, pergilah ke tapak perhimpunan. Jalankan pemerhatian: Macam mana cikgu2 uruskan murid. Macam mana cikgu2 bertugas kawal murid, macam mana mereka uruskan perhimpunan pagi. 

Perhatikan sebaik mungkin. Sebab nanti kita boleh catatkan dalam Amalan Refleksi PBS utk folio tu. 

I    Ini adalah contoh Amalan Refleksi saya sepanjang seminggu di SK Taman Ehsan:




   Berdasarkan pengalaman saya kan, bila datang je ke tapak perhimpunan tu, semua murid akan pandang kat kita. (Arghh… segannya). Pastu dengarlah murid2 tu berbisik 

“Weyh, ada Cikgu barulah”. 

   Haha manalah tak segan. Bila sampai perhimpunan tu juga, kita akan rasa awkward dengan cikgu2 sekolah tu.

Tips dari saya: 

1. Murahkanlah senyuman anda, beri salam kpd cikgu2. Insyaallah mereka akan mesra n mula berbual dengan kita. Kalau korang jalankan PBS dengan kawan…. 

2. Pastikan jangan terlalu berkepit je sampai tak bergaul dengan masyarakat guru disitu. Tak pasal-pasal digelar guru pelatih yg sombong. Ingat! niat kita nak pi sekolah tu untuk dapatkan pengalaman, kurangkan berbual kosong dengan kawan kita tu. 

3. Banyakkan berbual dengan guru2 sekolah supaya kita dapat banyak tips hasil dari kolaborasi dengan mereka.

-      Ok… lupa nak cerita, Semasa perhimpunan tu, selalunya…. Kita sebagai guru pelatih selama seminggu ni, kenalah perkenalkan diri (Arghhh… maluuunyaaa). Haha memang malu la kalau kita je sorang yang buat PBS kat sekolah tu. Tapi ok je, korang prepare la siap2 nak perkenalkan diri kat tapak perhimpunan tu nak cakap apa:

“ Assalamualaikum. Nama saya…… Penuntut IPG….. Saya dtg ke sini utk jlnkan PBS (Ckp full) selama seminggu. Semoga saya dpt timba pengalaman bermakna drpd warga SK…..” 

Haaa itu ayat2 ringkas. Kalau nak cakap korang ambil bidang major/minor apa semua tu pun boleh… Tapi takut nanti murid2 tu macam blurr je tengok korang kan…

-    Baiklah… selesai perhimpunan tu, korang pergilah jumpa Guru Besar(GB). Sembang2 dengan GB. 
  
  4. Dapatkan maklumat umum berkenaan sekolah tu. Lepastu korang Cuba-cubalah tanya, sepanjang PBS ni korang nak duduk dekat mana? – bilik guru ke, -perpustakaan ke… Macam saya, semasa
PBS 1: saya dpt duduk di bilik guru (Best sangat sebab dapat berbual dengan cikgu2 sekolah tu).

PBS 2: Saya kan pergi jalankan PBS dgn kawan2…. So mmg kami duduk di perpustakaan la.(Best juga duduk perpustakaan sebab rasa bebas sikit, boleh buat assingment n tak diperhatikan selalu mcm di bilik guru. haha…)

borang maklumat umum sekolah

-       Satu lagi, bila jumpa GB tu, serahkan terus borang2 yang sepatutnya diserahkan. (Borang Kehadiran PBS-Lampiran1/7 dan Borang Laporan Perkembangan Pelajar-Lampiran 1/8). Jangan risau borang ni nanti akan diberikan oleh pihak IPG.

   Di borang ini, GB atau mentor di sekolah tu yang akan isikan berapa tahap pencapaian yang mereka hendak berikan sama ada baik atau cemerlang. Selalunya… mereka akan tulis yang baik-baik je.


Inilah cth borangnya. Korang boleh dapatkan drpd pihak IPG. Mereka akn bagi.

-       Selalunya semasa PBS… Kita tak digalakkan untuk relief kelas. Tapi ada je sehari dua mereka beri kita peluang utk ganti kelas. Haaaaaa…. Masa ni memang kecut perut kalau korang PBS sorang2. Saya dah kena. Kalut bila kena relief murid tahun 2,3,4. Pening dok fikir nak mengajar apa. Tapi best, sebab dpt rasa mcm guru berwibawa gitu…. 

     Semasa kena ganti kelas, saya banyak jalankan aktvt lukis2, kuiz & jalankan kajian rintis inovasi terus haha… sambil menyelam minum air gitu… Kalau yg ada inovasi tu, boleh la jalankan semasa PBS.
       
       Macam saya, saya sendiri minta kebenaran GB untuk dapatkan satu kelas yg sesuai utk saya jalankan inovasi tu. Saya minta kelas relief utk bahasa Melayu. Mereka memang beri peluang tu untuk kita. Jadi manfaatkanlah.

-       Apabila ada aktiviti kokurikulum, kita kena sertai juga. Ingat! apa sahaja aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah termasuklah program kecil-kecilan, rajinkanlah diri kita untuk turut serta membantu. 
      
     Tanya dgn cikgu2 situ apa yang boleh kita bantu. Insyaallah, kita akan rasa lebih seronok sertai cikgu2 tu buat kerja sekali.

-       Bila ada waktu lapang… bolehlah buka laptop tu buat assignment sikit2. Pada masa yang sama jangan lupa siapkan aktiviti PBS yang disuruh dan lengkapkan folio PBS.

Ini adalah senarai aktiviti pemerhatian yg perlu kita jalankan semasa PBS 1/2/3

Contoh pelan bilik darjah 

Ini adalah indeks/isi kandungan yang perlu kita lengkapkan dalam folio nanti

-       Untuk semester 2, akan ada kerja kursus yang memerlukan kita jalankan pemerhatian semasa PBS. Salah satunya adalah subjek EDUP 3033 Murid dan Pembelajaran

         Semasa zaman saya, kami disuruh jalankan pemerhatian dan tembual terhadap murid untuk mengenal pasti perbezaan individu dari aspek JERIS, kecerdasan, gaya kognitif dan gaya pembelajaran. 

     Selain itu, kursus ini turut mengarahkan huraian tentang strategi-strategi yang boleh dilakukan oleh seseorang guru dalam menangani perbezaan individu. Masa inilah perlunya pemerhatian dan pembacaan yang mendalam dijalankan. Hasil pemerhatian tu perlulah ada gambar, bukti temubual lpastu buatlah graf 1,2 sebagai bukti kita buat kerja. Kemudian barulah kita buat esei tugasan tu.
Itulah serba sedikit pengalaman PBS yang dapat saya kongsikan. Smg bermanfaat. Kalau rasa2 tak faham tu, boleh tanya di ruangan komen. Terima kasih.


Saturday, December 8, 2018

IPG PBS- Pengalaman Berasaskan Sekolah (2)


Hai, Assalamualaikum...

Baiklah, sekarang saya nak kongsikan pengalaman semasa (PBS-Pengalaman Berasaskan Sekolah). Jadi, sebelum nak kongsikan tu.... Kenalah tau apa tu PBS kan.... Ok,PBS ni merupakan satu program khas bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program ini memberi peluang kepada pelajar atau siswa guru ni melihat dan mengenali suasana sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah. Semasa PBS inilah kalian kena manfaatkan untuk lihat bagaimana guru tu mengajar, jalankan la temubual untuk kita cungkil pengalaman dan tips daripada guru-guru sekolah tu.
Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan, taklimat berkaitan dengan PBS daripada En. Johari selaku pensyarah penyelaras PBS daripada Unit Praktikum IPGKBM telah disampaikan kepada semua guru pelatih yang bakal terlibat dalam PBS. Taklimat PBS dijalankan di Dewan Zaaba, IPG KBM. Sebagai pengalaman buat kali kedua kepada semester 3 melibatkan diri dalam PBS, maka taklimat sebegini amat membantu untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih tentang alam persekolahan yang sebenar dan membentuk pemikiran perspektif seorang guru.

     Tugasan PBS kali pertama ini dijalankan di sekolah rendah yang telah dipilih oleh guru pelatih masing-masing. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut di samping membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir. Setelah meneliti tugasan yang diberikan, fokus utama yang dikenal pasti adalah ;

         1. Tugasan yang diberikan oleh IPGM:
Aktiviti refleksi, kolaborasi, pemerhatian dan laporan yang perlu dilaksanakan dan disediakan selepas selepas PBS, selaras dengan huraian tugasan dalam Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah.
Dalam tugasan inilah kita perlu sediakan folio. Jangan lupa lengkapkan!. Bila tangguh jenuh nanti nak pulun siapkan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Ni sedikit contoh bila nak jalankan rekod kolaboratif dengan guru, murid atau staf sekolah:





    2.  Tugasan Major/ Minor
     Tujuan tugasan yang diberikan adalah untuk :
    a)    Memahami budaya sekolah
    b)   Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah.
    c)    Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid.
     d)   Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran.

    e)    Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.

DAN LAIN-LAIN...

Hehe malas nak taip banyak2.

Jadi begitulah ceritanya. Baiklah untuk sem 3 ni bagi major BM dan Minor PJ akan ada tugasan yang perlu dijalankan semasa PBS. Susah??? Senang sangat2. Hanya jalankan pemerhatian je, tangkap gambar buat laporan pastu siaplah tugasan tu. Pastikan PBS seminggu tu siapkan assignmnt tu terus jangan ditangguh sebab nanti ada kem pulak selepas PBS haih penat nanti.


Ni nak kongsi beberapa gambar.


Yang ni gambar semasa kami ditugaskan untuk menguruskan SEGAK di sekolah ni.


Haha... Sesi temubual dengan murid-murid tahun 1. Petah bicara...

Inilah suasana setiap kali murid berkumpul. Budaya membaca sentiasa diamalkan di SK Sri petaling 

Ini pulaa salah satu tugasan major BM subjek kaedah pengajaran. Kami kena kaji apa kaedah n teknik yang cikgu ni guna. Alhamdulillah kami dapat pengalaman dan tunjuk ajar yang sangat baik dari guru-guru SK sri Petaling.

Ok itu sahaja. Tq sudi baca.


Saturday, December 1, 2018

Program Bicara Disiplin: Kertas Kerja & Dokumentasi

Setiap semester pelajar IPG pasti kena jalankan aktiviti bicara disiplin. Nasiblah kelas mana yang kena untuk menguruskan. bicara disiplin ini merupakan acara yang amat dinanti-nantikan oleh semua pelajar. Sebab dapat tonton mereka lakonkan perkara-perkara yang tertakluk dalam buku peraturan akta 174.

Bicara disiplin ni la yang bagi satu panduan lebih jelas dan lebih menarik untuk kami fahamkan kesalahan yang tidak patut dilakukan. Jadi, disini saya kongsikan contoh kertas cadangannya.

KERTAS CADANGAN MEMOHON KELULUSAN DAN PERUNTUKAN PROGRAM HEP BAGI MELAKSANAKAN ‘BICARA DISIPLIN’ PADA TAHUN 2017.

1.0         PENDAHULUAN
            Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan dan sokongan serta peruntukan daripada pihak IPGKBM bagi JHEP IPG Kampus Bahasa Melayu untuk mengadakan sebuah program Bicara Disiplin Akta 174 yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar  (JHEP) IPG Kampus Bahasa Melayu.

2.0         LATAR BELAKANG PROGRAM

2.1       Nama Aktiviti                   :   Bicara Disiplin
2.2       Tarikh                              :     27 Julai 2017
2.3       Hari                                 :     Khamis
2.4       Masa                              :     10.00 pagi - 12.00 tengah hari
2.5       Tempat                             :  Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
2.6       Penganjuran                  :     JHEP  IPG KBM
2.7       Kumpulan Sasaran       :     Semua pelajar IPGKBM sepenuh masa
2.8      Justifikasi                        :     Memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan Akta 174 dan pelaksanaannya. Bicara Disiplin ini dapat memupuk kesedaran tentang nilai dan etika keguruan melalui pendekatan Akta 174 yang ditekankan dalam bentuk yang lebih jelas.
 2.9       Perancangan Program                                  : Rujuk Lampiran 1

            
3.0         OBJEKTIF

3.1         Memaparkan panduan berkenaan Akta 174 dengan lebih jelas dan terperinci melalui pendekatan lakonan.
3.2         Memberi kesedaran kepada siswa pendidik berkenaan kesalahan yang sering dilakukan.
3.3         Memberi pendedahan dan pemahaman tentang cara pelaksanaan peraturan dan Akta 174 dalam kalangan siswa pendidik.
3.4         Mengeratkan silaturrahim dan semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan AJK siswa pendidik dengan JHEP.
3.5         Mewujudkan sebuah komuniti siswa pendidik yang patuh kepada peraturan.
3.6         Memberi pendekatan mesra kepada siswa pendidik berkenaan Akta 174 dengan pencerahan akta yang tidak formal.

4.0         KOS PELAKSANAAN

4.1         Perbelanjaan Yang Dianggarkan :

No.
Perkara
Harga
1.
Makanan dan Minuman
Makan tengah hari: RM
RM 
Jumlah Keseluruhan
RM 

4.2         Sumber Kewangan:

1. Memohon jasa baik dan pertimbangan daripada pihak ... memberi sumber kewangan sejumlah RM 
 


4.3       Memohon Penajaan daripada Pihak IPG KBM  :
No
Perkara
Bilangan/ Kuantiti
1.
Kertas Warna
1 Pkt
2.
Pen Marker
5 unit
  3.
Fotostat brosur
500 unit
  4.
Sijil
46 unit

5.0         AJK PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

6.0         ATUR CARA PROGRAM
Tarikh: 27 Julai 2017
Tempat: Dewan Aminuddin Baki,IPG Kampus BM
10.00 Pagi     - Pendaftaran pelajar
10.15 Pagi     - Semua pelajar dan pensyarah berkumpul di dalam Dewan Aminuddin Baki.
10.20 Pagi     - Ketibaan Pengarah dan tetamu kehormat
10.25 Pagi     -Nyanyian Lagu Negaraku , bacaan doa , dan Penerangan program
10.30 Pagi     - Tayangan Montaj video bicara disiplin akta 174.
10.50 Pagi     - Bicara Disiplin Akta 174 (Lakonan/Pantomin)
11.50 Pagi     - Kesimpulan Bicara Disiplin
12.00 tengah hari – Bersurai

7.0         PENUTUP
Jumlah peruntukan program JHEP IPGKBM yang dimohon adalah sebanyak RM230.


Seterusnya saya kongsikan file dokukemen yang saya simpan semasa mengendalikan program Bicara Disiplin.
                 
Baiklah, untuk AJK Dokumentasi bicara akta ni... pastikan senarai perkara dibawah ni ada dalam folio yang akan kalian hasilkan. 



Perkara yang perlu ada dalam dokumentasi Bicara Disiplin Akta 174.                                                                       
  1. Kata Aluan Pengarah Program Simulasi Akta 174
  2. Kata Aluan Pengarah IPGKBM
  3. Kata Aluan KJ HEP IPGKBM
  4. Pengenalan Program
  5. Tentatif Program
  6. Jawatankuasa AJK Program
  7. Senarai Ahli jawatankuasa Pelaksana Dan Tugas 
  8. Laporan AJK Program
  9. Kekuatan dan Kelemahan Program
  10. Cadangan Penambahbaikan
  11. Minit mesyuarat
  12. Gambar-Gambar Sepanjang Program          
  13. Lampiran
  14. Buku Program
  15. Kertas Kerja Program                                                                 

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...