Pada 24/1/2015, SMK Taman Ehsan menyertai kejohanan ini dengan menghantar wakil dari pelajar sekolah tingkatan 2,3,4 dan 5.
Saya dan adik saya turut menyertai kejohanan ini.
Pengalaman dalam menyertai kejohanan merentas desa ni dah 6 tahun saya menceburuinya tapi tak pernah menang huhu sedih saya selalu dapat nombor 21 atau 22 macam tu lah..
Disebabkan atlet daerah gombak ni semua hebat2, memang susah kami nak lawan la ....tapi tahun terakhir ini, saya nak share kenangan saya menyertai kejohanan ni buat kali terakhir..
Mungkin ramai menyangkal dunia sukan ni tiada untungnya tapi bagi pendapat saya sukan ni sangat banyak membantu saya meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.
Kita kena ingat tau bukan hanya membaca buku 24 jam kita boleh berjaya....sebab tanpa sukan kita akan dapat banyak masalah contohnya sakit2 badanlah,stres dan lesu.
Jadi, bila saya dah belajar baca buku semua tu saya mesti bersukan untuk cergaskan diri. Kepada remaja zaman sekarang ni jangan lupa untuk bersenam selalu..
Syabas sebab kejohanan merentas desa ni dianjurkan sekurangnya walaupun kalah sebenarnya banyak sangat kepentingan yang kita dapat....
Satu lagi bila kita sertai prog. macam ni kita akan melatih diri kita bergaul dengan pelbagai ragam manusia ,dapat berkenalan dengan rakan baharu... ingat!!! ambil yang jernih buang yang keruh jadi apa sahaja benda yang baik kita ambil untuk meningkatkan pengalaman kita yang jarang orang lain dapat...
Saya sangat beruntung diberi pengalaman yang sungguh bermakna ini sepanjang saya di SMK Taman Ehsan...terima kasih juga kepada cikgu Maizan yang selalu bantu saya meningkatkan keyakinan diri..
Gambar kenangan semasa berlangsungnya kejohanan merentas desa mssd gombak di SMK Bandar Tasik Puteri..
kenangan terindah bersama barisan atlet dan guru smkte
semua peserta berhimpun mengikut kategori masing2...
sementara menunggu untuk dilepaskan.
penyampaian hadiah kepada atlet tingkatan 2 smkte yang mendapat tempat dalam kejohanan kali ini...
TAHNIAH!!
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
Jom singgah dan baca entri dibawah:
No comments:
Post a Comment