Followers

Wednesday, March 18, 2015

Debat Ala Parlimen SMK Taman Ehsan 2015

LATIHAN DEBAT ALA PARLIMEN SMKTE 2015

Latihan debat kali ni sangat menyeronokkan dimana kami dapat mencurahkan ilmu debat yang kami ada kepada pelapis debat smkte..alhamdulillah latihan ni berjalan lancar...!!








Memori terindah bersama pelajar ting3  hebatlah kalian tahniah!!!!

Debat Ala Parlimen Daerah Gombak 2015

Perdebatan / perbahasan di Parlimen  menjadi model atau contoh. Bahas Ala Parlimen merujuk  bentuk perbahasan sesuatu usul (cadangan) di Parlimen (Dalam hal ini dirujuk Parlimen Malaysia). 

           Kali ini kami berlatih dengan memberi peluang kepada pelapis debat SMKTE  untuk mencungkil bakat terpendam mereka yang selama ini tidak tahu mereka boleh berdebat...dan akhirnya hasil latihan kami mereka menunjukkan banyak peningkatan prestasi dari semasa ke semasa tahniah kalian...

Almaklumlah, kami tahun akhir mungkin selepas ini mereka akan mengharumkan nama SMKTE dengan membawa kejayaan dalam duni perdebatan ini.

Saya menceburui bidang debat ini sejak tingkatan 3 lagi...tapi pada asalnya saya memang tak mengetahui yang saya ni boleh berdebat sebab debat ni banyak fokus pada pemikiran yang spontan ..kerana saya ni merupakan seorang pemidato....tapi mungkin saya tak berapa kekok sebab saya dah biasa mendalami  dunia pengucapan awam ni...                            
Saya berjaya memasuki pasukan debat sekolah sewaktu tig.3 itu semua adalah penat lelah cikgu cikgu smkte yang membanting tulang meluangkan masa membantu saya yang lemah ni..dan akhirnya saya menjadi pm/kp untuk pasukan debat sekolah saya sehinggalah sekarang ...itu yang ingin saya kata,guru adalah segalanya yang mencorak kehidupan kita tanpa mereka saya tak tahulah mampu atau tidak saya berdiri sendiri di khalayak ramai sekarang ini...

Saya nak kongsikan pengalaman atau kenangan saya dan rakan seperjuangan dalam dunia debat tahun akhir ni...

pada tahun 2015 ni kami sepasukan berusaha dengan gigih untuk memberi pencapaian yang membanggakan kepada sekolah...kerana tahun lepas kami mendapat naib johan di peringkat zon setelah tewas di tangan BBSB..

Jadi, keazaman yang begitu membara dengan sokongan 3 guru yang sangat bersemangat memberi idea,kata2 motivasi iaitu pn samsiah.pn zati dan pn wan zuhaiha...telah membuat kami meluangkan masa untuk membuat latihan tanpa mengira waktu..
       
Setelah latihan yang begitu rapi kami susun dengan garapan oleh semangat guru2 kami teruskan perjuangan kami dengan menyertai pertandingan debat ala parlimen sm di SMK KEPONG pada 26/2/15

Permulaan rentak perdebatan kami dengan gagasan usul oleh meja kerajaan(SMKTE)  iaitu "TENAGA ALTERNATIF MENANGANI KRISIS SUMBER TENAGA"  bertembung dengan meja pembangakang iaitu(SMK SIERAMAS)... saingan sengit diberi oleh smk sieramas telah memberi pengalaman bermakna dalam kehidupan kami...dan akhirnya nasib menyebelahi kami dan kami menang untuk ke peringkat seterusnya


iaitu ...................

Bertembung dengan SMK BBSB dengan usul "PERANAN PENGGUNA MEMACU EKONOMI NEGARA" semasa perdebatan kali ini kami bertindak sbg meja pembangkang...

Jadi, kami cuba tampilkan sesuatu yang terbaik dan sehabis baik mungkin untuk mencapai kemenangan ....sepanjang perdebatan dewan agak panas dimana kedua dua buah sek memberi saingan sengit...dan sudah pasti kami mengharapkan kemenangan...

Namun, apabila keputusan diumumkan nasib menyebelahi mereka dimana usul perdebatan diterima dewan...

Kami sepasukan amat kecewa kerana ini merupakan tahun akhir kami dimana kami mengharap untuk pergi jauh tapi mungkin kami masih ada kelemahan untuk diperbaik lagi...kita teruskan usaha kita, kerana kalau bukan manusia menilai usaha kita, takpa Allah ada ... ini adalah satu pengalaman amat bermakna kepada pasukan kami kerana banyak input baru yg kami selami dalam dunia perdebatan kali ni...alhamdulillah


Kehidupan manusia ini bagaikan roda sekejap diatas sekejap dibawah mungkin kali ni kita dibawah ...tapi jangan putus asa teruskan usaha insyaallah kita akan berjaya dengan keadilan yang nyata.


Walaupun hati sedih tapi apabila guru memberi semangat dengan mengatakan kita adalah terbaik!! 


itu yang membakar semangat kami untuk terus berusaha 

"KALIAN DAH BUAT YANG TERBAIK CIKGU NAMPAK BAKAT DAN SEMANGAT KALIAN SERTA CIKGU BANGGA DENGAN PERSEMBAHAN KALIAN TADI INSYAALLAH KAMU AKAN BERJAYA PADA MASA AKAN DATANG"

Itulah mutiara kata dan pengubat kata yang menyembuh hati lara ini..terima kasih cikgu tanpa sokongan cikgu kami tak mampu lakukan semua ni....jasa cikgu akan saya kenang sampai saya besar..                                                                  .itulah GURU SMKTE yang sangat memahami perasaan anak murid mereka   terima kasih cikgu!!!   terima kasih cikgu!!!!   terima kasih cikgu!!!!

Gambar Kenangan :

Pasukan debat bersama pelapis debat SMKTE
Hmmm jadi sekarang fokus pada SPM!!!! kena study smart..

Kejohanan Merentas Desa MSSD Gombak 2015


Pada 24/1/2015, SMK Taman Ehsan menyertai kejohanan ini dengan menghantar wakil dari pelajar sekolah tingkatan 2,3,4 dan 5.

Saya dan adik saya turut menyertai kejohanan ini.

Pengalaman dalam menyertai kejohanan merentas desa ni dah 6 tahun saya menceburuinya tapi tak pernah menang huhu sedih   saya selalu dapat nombor 21 atau 22 macam tu lah..

Disebabkan atlet daerah gombak ni semua hebat2, memang susah kami nak lawan la ....tapi tahun terakhir ini, saya nak share kenangan saya menyertai kejohanan ni buat kali terakhir..

Mungkin ramai menyangkal dunia sukan ni tiada untungnya tapi bagi pendapat saya sukan ni sangat banyak membantu saya meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.

Kita kena ingat tau bukan hanya membaca buku 24 jam kita boleh berjaya....sebab tanpa sukan kita akan dapat banyak masalah contohnya sakit2 badanlah,stres dan lesu.

Jadi, bila saya dah belajar baca buku semua tu saya mesti bersukan untuk cergaskan diri. Kepada remaja zaman sekarang ni jangan lupa untuk bersenam selalu..

Syabas sebab kejohanan merentas desa ni dianjurkan sekurangnya walaupun kalah sebenarnya banyak sangat kepentingan yang kita dapat....

Satu lagi bila kita sertai prog. macam ni kita akan melatih diri kita bergaul dengan pelbagai ragam manusia ,dapat berkenalan dengan rakan baharu... ingat!!! ambil yang jernih buang yang keruh jadi apa sahaja benda yang baik kita ambil untuk meningkatkan pengalaman kita yang jarang orang lain dapat...

Saya sangat beruntung diberi pengalaman yang sungguh bermakna ini sepanjang saya di SMK Taman Ehsan...terima kasih juga kepada cikgu Maizan yang selalu bantu saya meningkatkan keyakinan diri..

Gambar kenangan semasa berlangsungnya kejohanan merentas desa mssd gombak di SMK Bandar Tasik Puteri..


kenangan terindah bersama barisan atlet dan guru smkte


semua peserta berhimpun mengikut kategori masing2...
sementara menunggu untuk dilepaskan.

penyampaian hadiah kepada atlet tingkatan 2 smkte yang mendapat tempat dalam kejohanan kali ini...
TAHNIAH!!

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...