Followers

Thursday, October 8, 2015

PIDATO PIALA DIRAJA KALI KE 31 PERINGKAT KEBANGSAAN

Assalamualaikum...
pengalaman yang cukup bermakna dapat menyertai pertandingan pidato piala diraja kali ke -31 2015 untuk tahun terakhir ni...alhmdulillah segala ilmu dan pengalaman yang dipelajari melalui guru dan sahabat2 sangat berharga....saya tak kan lupakan penglaman ni

Perjuangan dalam dunia seni berpidato ni saya ceburi sejak sekolah rendah lagi apabila saya diajar oleh cikgu normilah dan ayah yang sangat membantu saya utk berpidato ni.tapi semasa di sek rendah saya berjaya di peringkat zon dan apabila ke peringkat daerah saya tumpas...

Namun, segala usaha dan pengalamn yang dicari akhirnya dengan ketentuan allah saya dapat mewakili Negeri Selangor utk pertandingan pidato piala diraja peringkat kebangsaan kategori sekolah menengah yang bertempat di hotel empress sepang dan IPG lembah pantai kl..walaupun matlamat asal perjuangan dalam pertandingan ni hanya untuk belajar mencari  pengalaman ,namun rezeki allah beri sehingga ke peringkat kebangsaan..

Syukur alhamdulillah, walupun di peringkat kebangsaan ni saya tewas dengan mendapat tempat keenam ,tapi saya sungguh gembira kerana dapat bersama sahabat yg hebat serta berbakat  untuk mengambil contoh.
Pertandingan kali ni berlangsung selama 4 hari bermula 5oktober sehingga 8 oktober di Hotel Empress Sepang (tempat penginapan dan pertandingan peringkat separuh akhir) dan Dewan Utama Aminuddin Baki IPG Kampus BM (raptai dan pertandingan akhir/penyampaian hadiah) .pertandingan ini  melibatkan 32 peserta bagi seluruh negeri dalam malaysia dan terbahagi kepada 2 kategori iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah..

        Sesi taklimat untuk peserta dan guru pengiring:(8.30 malam)

pertandingan separuh akhir  :(6oktober 2015 jam 9pagi)


peserta pertandingan pidato

Sokongan sahabat amat berharga untuk saya terus lakukan terbaik

Pasukan dari smk taman ehsan daerah gombak negeri selangor.

selfie dengan sahabat dari putrajaya "QAREENA" 

Penyampaian hadiah saguhati kepada para peserta namun bagi mereka yang berjaya mendapat tempat ke 1-3 akan melayakkan diri ke pertandingan akhir (8oktober)

                                     dewan utama aminuddin baki di ipg                                                          
bergambar di pentas akhir...

keputusan pertandingan kategori sekolah menengah:
1)w.p kl 2)perak 3)w.p labuan 4)sarawak 5)n.sembilan 6)selangor 7)melaka 8)pahang 9)johor 10)sabah 11)kelantan 12)w.p putrajaya 13)kedah 14)terengganu 15)perlis 16)pulau pinang

Lega sangat bila keputusan dah diumumkann...walaupun tewas dengan mendapat tempat keenam saya bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk berpidato di peringkat ni...
Saat paling seronok sekali apabila peserta pertandingan pidato sertai lawatan di IOI Mall city..kitorang berjalan dalam tu bersama peserta putrajaya jadi seronoklah sebab ada yang tunjukkan tempat2 menarik dalam tu pastu kami beli dip n dip hihi..
apapun pidato piala diraja  tahun 2015 is awesome !!!!!!
pengalaman cukup manis semoga banyak ilmu yang dapat kita pelajari bersama insyaallah..
wasalam

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...