Followers

Friday, May 22, 2015

Sambutan Hari Guru SMK Taman Ehsan

Alhamdulillah tahun ini sambutan hari guru sungguh meriah!!!!! tahun ni sambutan hari gurunya lain daripada yang lain suasana yang meriah tetapi intipati programnya sungguh menyayat hati....  

Saya dan sahabat lain asyik mengalirkan air mata melihat persembahan pelajar SMKTE ...
Mungkin tahun ini tahun akhir kami bersekolah disini jadi mungkin sebab itu kottt kami ni rasa sedih je nak tinggalkan sekolah...

Hmmm sambutan hari guru tahun ni saya beri hadiah buat guru2 tersayang walaupun hadiahnya biasa-biasa sahaja tetapi inilah sedikit ingatan ikhlas dari seorang pelajar buat guru mereka...


hadiah beg kosmetik,kad ucapan,pen,bookmark dan perfume flower

Seterusnya ,selaku pengawas pss kami semua merancang untuk buat sebuah sudut pameran dalam pusat sumber kami bagi menggalakkan lebbih ramai pelajar smkte menghargai guru guru..

Ternyata hasil pameran ni memberi sambutan baik dan kuiz yang dianjurkan sempena hari guru turut disertai ramai pelajar...

                                           
                                                          pameran hari guru
 
sedikit jualan sempena hari guru
  
ucapan untuk guru

senarai guru guru smkte...


Selesai bahagian pameran....sekarang nak cerita pasal sambuatn hari guru!!!!

Pagi-pagi je semua guru smkte berarak dengan alunan kompang menggambarkan guru ibarat insan yang mulia diraikan oleh semua warga SMKTE..

Selepas perarakan selesai bacaan perutusan oleh guru-guru kami dan ucapandari ketua pengawas kepada guru2 smkte...

Persembahan pertama yang amat dinanti nantikan adalah bacaan ikrar dan nyanyian lagu dari guru2...
sungguh menakjubkan !!!


Usai sahaja persembahan utama ni bermulalah kisah....persembahan dari pelajar2 smkte mengikut tingkatan..

Pertama sekali, persembahan sajak guru oh guru yang mewakili saya dan sahabat saya azzahra sophie untuk menyampaikan sajak diatas pentas...kami menyampaikan sajak dengan penuh penghayatan sehingga berjurai air mata dialirkan semua kerana kenang jasa guru yg amat besar didik kami....

Setelah itu, majlis diteruskan dengan persembahan drama yang sungguh sedih mengenai kisah benar pengalaman seorang guru mengajar di SMKTE...

Persembahan yang tak dpt dilupakan adalahhhhhhhh.....Persembahan dari pentadbir smkte...Pengetua kami sungguh sporting untuk menyanyi diatas pentass....Terbaiklah pengetua pn patifah!!!!

Setelah persembahan selesai kami teruslah pergi bersiap utk hantar hadiah dkt guru2 yg kami bg hadiah.... 

Tapi inilah pengalaman yg seronokkk sangat..

TERIMA KASIH CIKGU KAMI SAYANG CIKGU SMKTE.....

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)

 Assalamualaikum Kali ini saya lampirkan bahan-bahan rujukan berkaitan pembelajaran teradun untuk rujukan para guru dan guru pelatih. Sebena...